Telemovie Gerak Silat Gendang Singa Di TV2

Telemovie Gerak Silat Gendang Singa Di TV2

Saksikan telefilem Gerak Silat Gendang Singa yang akan menemui penonton pada 12 Februari 2024, hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atu boleh tonton secara online percuma di RTM Klik.

Telefilem sempena Tahun Baru Cina ini merupakan terbitan syarikat produksi Deluxe Impression Sdn. Bhd., diarahkan oleh Khairi Azmi dengan nukilan skrip daripada Wira Hijau.

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 12 Februari 2024 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Zulkifli Ahmad & Khairi Azmi
Skrip : Wira Hijau
Pengarah : Khairi Azmi
Produksi : Deluxe Impression Sdn. Bhd.

Telemovie Gerak Silat Gendang Singa Di TV2

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Kimberly Chuah, Jordan Voon, Izzy Reef, Z Lokman, Ammar, Yan Ibrahim, Airil Hafiz, Suky San, Amelia Cheah dan ramai lagi.

  • Kimberly Chuah sebagai Susan

Sinopsis Telefilem Gerak Silat Gendang Singa

Telemovie Gerak Silat Gendang Singa mengisahkan seorang gadisberbangsa Cina, Susan yang meminati seni silat dan dalam masa yang sama Susan juga aktif dalam kumpulan tarian singa sebagai pemukul gendang.

Konflik terjadi apabila ayah Susan tidak mahu Susan terlibat secara serius dengan silat dan meminta Susan berhenti dari belajar silatdan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kumpulan tarian singa. Susan cuba untuk berhenti dari belajar silat tetapi minatnya mengatasi segalanya.

Post a Comment

0 Comments