Telefilem Cinta Kucing Parsi Di TV3

Telefilem Cinta Kucing Parsi Di TV3

Telefilem Cinta Kucing Parsi Di TV3

Sempena Tahun Baru Cinta, saksikan telefilem Cinta Kucing Parsi yang akan menemui penonton semula pada 10 Februari 2024, hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama TV3 dan online Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan terbitan syarikat produksi Macheallsar United Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zamri Zakaria dengan nukilan skrip daripada Rosmadewi Zain.

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 10 Februari 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Rosmadewi Zain
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi : MacheAllstar United Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara nama-nama pelakon yang terlibat seperti Sean Lee, Adelina Tsen, Nadzmi Adhwa, Angeline Tan, Jessie Lim, Acong Sweetchild, Mandy Chong, Ellika Azman, Ozlynn Waty, Mak Jah dan ramai lagi.

  • Sean Lee sebagai Alex
  • Adeline Tsen sebagai Sharon
  • Nadzmi Adhwa sebagai Ikmal
  • Angeline Tan sebagai Margaret
  • Jessie Lim sebagai Boon Chai
  • Acong Sweetchild sebagai Doktor
  • Mandy Chong sebagai Nancu
  • Ellika Azman sebagai Candy

Sinopsis Telefilem Cinta Kucing Parsi

Telemovie Cinta Kucing Parsi mengisahkan tentang kehidupan dua sahabat, Alex dan Ikmal yang hidup menganggur. Dek kerana tidak ada kerja, banyak masa dibuang begitu sahaja.

Pada satu hari, oleh kerana tidak mempunyai duit, Alex dan kawan baiknya, Ikmal ingin merompak sebuah kedai tetapi mereka gagal. Mereka berdua melarikan diri dengan manaiki motor.

Apabila sudah panik melarikan diri, Alex terlanggar seorang gadis yang bernama Sharon. Nasib baik semua tidak cedera parah.

Pada masa yang sama, Alex telah jatuh cinta dengan wanita tersebut. Demi memenangi hati wanita itu, Alex mula berubah perangai.

Ikmal turut memberikan sokongan kepada temannya untuk menjayakan misinya dalam memenangi hati Sharon.

Post a Comment

0 Comments