Telefilem Buku Cinta Abad Di TV3

Telefilem Buku Cinta Abad Di TV3

Tonton telefilem Buku Cinta Abah pada 17 Februari 2024, bersiaran semula pada hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau anda juga boleh striming secara online menerusi platform Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi Quira One Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Amie Maziah dengan nukilan skrip dariapda Tok Uban

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 17 Februari 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Skrip : Tok Uban
Pengarah : Amie Maziah
Produksi : Quiara One Production Sdn. Bhd.

Telefilem Buku Cinta Abad Di TV3

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Faizal Hussein, Vanidah Imran, Aeril Zafrel, Arash Mohd, Jasmin Hamid, Hanna Aqeela, Ku Faridah, Fariz Isqandar dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Buku Cinta Abah

Telefilem Buku Cinta Abhad mengisahkan tentang Aizad yang merupakan seorang editor di sebuah syarikat penerbitan novel dan kini mencari bahan-bahan baru untuk dibukukan. Dia telah menerima sebuah buku yang di tulis sendiri oleh seorang banduan dari Haliza.

Penceritaan bermula dimana Amar yang tidak bekerja sering di sindir dan dimarahi oleh ibu mertuanya Zainab. Zainab tidak menyukai Amar kerana mahu Atira berkahwin dengan calon pilihan mereka iaitu Zambri.

Tetapi Atira telah berkahwin dengan Amar atas dasar cinta. Dek kerana tekanan yang sering di hadapi, membuatkan kedua mereka sering bertengkar.

Atira serba salah dalam menjaga hati suami dan ibunya sendiri. Mana nak menangkan suami atau ikut cakap ibu. Atira sering beralah dan mendiamkan diri walaupun hatinya terkesan dengan tindakan Amar atau kata-kata ibunya sendiri.

Zambri pula masih tergila-gilakan Atira. Oleh kerana itu, dia sudah tiga kali berkahwin dan kesemuanya menemui kegagalan. Dia selalu berada di rumah Zainab untuk melihat Atira.

Post a Comment

0 Comments