Telefilem Baju Berkancing Peniti Di TV3

Telefilem Baju Berkancing Peniti Di TV3

Jangan lupa saksikan semula telefilem Baju Berkancing Peniti yang akan menemui penonton pada 1 Mac 2024, hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi Country & Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dengan nukilan skrip daripada Azlina Pa'wan.

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : TV3
Tarikh : 1 Mac 2024 (Jumaat)
Penulis Skrip : Azlina Pa'wan
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

Telefilem Baju Berkancing Peniti Di TV3

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Dato' Rahim Razali, Norham Damanhuri, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Nabila Huda, Aisya Hasna, Amirul Faqeem, Hafeez Mikail, Nur Risteena dan ramai lagi.

  • Datuk Rahim Razali sebagai Usup
  • Normah Damanhuri sebagai Cik Om

Sinopsis Telefilem Baju Berkancing Peniti

Telemovie Baju Berkancing Peniti mengisahkan tentang Usup dan Cik Om iaitu pasangan yang saling mencintai umpama belangkas yang tidak dapat dipisahkan meskipun sudah mencecah usia 65 tahun.

Perasaan cinta mereka tidak pernah pudar. Bagi Usup, Cik Om tetap kelihatan jelita walaupun sudah berusia dan kuat berleter. Cik Om pula pasti akan merindui Usup ketika mereka berjauhan.

Setiap kali Usup demam atau cuma pening kepala, Cik Om akan berasa amat susah hati dan memberitahu Usup supaya 'jangan mati dahulu' kerana dia tidak berani untuk membayangkan bagaimana hendak meneruskan hidup tanpa Usup di sisinya.

Begitu juga dengan Usup. Segala urusan hidupnya dari segi makan, minum dan pakaian memang sudah biasa diuruskan oleh Cik Om. Malah, dia hanya akan memakai baju-baju yang dijahit isterinya.

Kehidupannya mulai berubah apabila Cik Om meninggal dunia ketika sedang menjahit pakaian untuknya. Baju kemeja yang telah siap dijahit tanpa butang itu menjadi kenangan terakhir bagi Usup terhadap isteri kesayangannya itu.

Selepas kematian isterinya Cik Om, Usup tinggal bersendirian di rumah pusaka itu kerana banyak kenangan bersama isterinya di situ. Usup berat hati untuk berjauhan dengan kubur isterinya walaupun anak-anaknya menyuarakan pendapat agar Usup menjual sahaja rumahnya itu.

Akhirnya Usup berpindah ke Kuala Lumpur atas pujukan anak-anaknya yang risau tentang keadaannya yang tinggal berseorangan di rumah.

Setelah duduk bersama dengan anak-anaknya, satu kejadian telah berlaku di rumah anak perempuannya, Arba’yah. Usop merasakan dirinya hanya akan menyusahkan keluarga anak-anak dan menantunya.

Dengan perasaan rindu akan Cik Om, Usup melangkah keluar dari rumah anaknya tanpa pengetahuan mereka dengan memakai baju terakhir yang dijahit oleh isterinya dan mengancingkan bajunya itu dengan jarum peniti.

Apakah yang akan terjadi kepada Usup? Dapatkah anak-anaknya menjumpai ayahnya semula? 

Telefilem Baju Berkancing Peniti Di TV3

Post a Comment

0 Comments