Telefilem Apek & Siti Di TV1

Telefilem Apek & Siti Di TV1

Saksikan telefilem Apek & Siti yang akan menemui penonton pada 10 Februari 2024, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 1.30 petang menerusi saluran TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Telefilem khas yang ditayangkan sempena Tahun Baru Cina yang asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi Suhan Movie & Trading Sdn. Bhd., diarahkan oleh Syed Khairul Fariz dengan nukilan skrip oleh Insheera Nordin.

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : TV1
Tarikh : 10 Februari 2024 (Sabtu)
Masa : 1.30 Petang
Penulis Skrip : Insheera Nordin
Pengarah : Syed Khairul Fariz
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Telefilem Apek & Siti Di TV1

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Ezzaty Abdullah, Billy Ng, Lee Yvonne, Raja Ema, Arash Mohd, Putri Jannah, Lim Xuan dan ramai lagi.

  • Ezzaty Abdullah sebagai Siti
  • Billy sebagai Apek

Sinopsis Telefilem Apek & Siti

Telefilem Apek & Siti mengisahkan tentang Apek dan Siti yang berkawan baik sejak dari kecil lagi. Namun keluarga Apek bepindah ke luar negara dan sejak itu mereka terpisah tanpa khabar berita hampir 15 tahun.

Selepas dewasa, mereka bertemu di cafe namun saling tidak mengenali pada awalnya. Pertemuan kali ini lebih bermakna apabila telah menimbulkan dan membibitkan rasa cinta namun hasrat mereka dihalang oleh bapa Siti.

Keluarga Apek kemudiannya bertandang ke rumah keluarga Siti untuk memujuk bapa Siti menerima percintaan mereka. Ketika di rumah keluarga Siti, tv menayangkan filem P.Ramlee, lalu keluarga Apek menyatakan mereka menyukainya. Ini mengubah fikira bapa Siti terhadap Apek.

Namun, adakah hubungan mereka direstui keluarga pada akhirnya?

Post a Comment

0 Comments