Filem Waruga Ditayangkan Di Pawagam Bermula 15 Februari Ini

Filem Waruga Ditayangkan Di Pawagam Bermula 15 Februari Ini

Filem Waruga Ditayangkan Di Pawagam Bermula 15 Februari Ini

Saksika filem Waruga yang akan menemui penonton mulai 15 Februari 2024 dimana akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Kini anda boleh mula dapatkan tiket wayang.

Filem seram yang diinspirasikan daripada adat dan kepercayaan kuno kaum Minahasa ini merupakan terbitan produksi D'Ayu Pictures dan dirahkan oleh sutradara Azaromi Ghozali.

Rakyat Malaysia mungkin asing dengan perkataan 'Waruga', tetapi bagi Minahasa di Indonesia mereka biasa dengan perkataan ini yang mana membawa maksud tempat persemadian mayat atau kubur orang yang meninggal dunia.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 15 Februari 2024 (Khamis)
Penulis Skrip : Gawar Sawba'yah
Pengarah : Azaromi Ghozali
Produksi : D'Ayu Pictures

Filem Waruga Ditayangkan Di Pawagam Bermula 15 Februari Ini

Pelakon & Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Zahiril Adzim, Elvina Mohamad, Eriza Allya, Ruminah Sidek, Sahronizam Noor, Along Eyzendy, Ustaz Dinie, Syed Irfan, Puteri Amirah Maisara, Izzue Islam dan ramai lagi.

  • Zahiril Adzim – Yamin
  • Elvina Mohamad – Ardila
  • Eriza Allya – Anom
  • Ruminah Sidek – Mbah Usu Lijah
  • Sahronizam Noor – Rewan
  • Along Eyzendy – Sarom
  • Ustaz Dinie – Imam Thoha
  • Syed Irfan – Yamin Kecil
  • Putri Amirah Maisara – Anom Kecil
  • Izzue Islam – Jawahir

Sinopsis Filem Waruga

Filem Waruga mengisahkan tentang seorang penuntut ilmu perubatan tradisional iaitu Rewan yang tidak dapat menerima kematian isterinya.

Rewan mula merayu kepada Mbah Usu Lijah yang merupakan guru perubatannya kerana dia tahu Mbah Usu Lijah memiliki ilmu membangkitkan jasad tanpa roh melalui kitab keturunan kaum Mihanasa.

Walau bagaimanapun Mbah Usu Lijah tidak membenarkan ia berlaku kerana Rewan bukan dari keturunan tersebut dan jika inginkan juga ia perlu melalui beberapa fasa atau tempoh waktu.

Sikap tidak sabar Rewan terlalu memuncak sehinggakan dia sanggup mencuri kitab tersebut serta membunuh Mbah Usu Lijah.

Sebelum semua kejadian ini berlaku, Rewan telah mengarahkan anak tunggalnya Yamin untuk keluar dari kampung itu supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini terhadap Yamin atas sebab kelakuannya.

Selepas 10 tahun, Yamin telah menikahi seorang gadis bernama Ardila dan hidup tenang bersamanya. Walaubagaimanapun, Yamin merahsiakan tentang keluarganya dengan menyatakan ayah dan ibunya telah lama meninggal.

Filem Waruga Ditayangkan Di Pawagam Bermula 15 Februari Ini

Post a Comment

0 Comments