Drama Si Jantung Hati Di Astro Ria

Drama Si Jantung Hati Di Astro Ria

Drama Si Jantung Hati Di Astro Ria

Drama terbaru menerusi slot Dramavaganza menerusi Si Jantung Hati akan menemui penonton mulai 7 Februari 2024, setiap Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau secara striming di Sooka.

Drama yang bakal menggantikan Kau vs Aku 2 ini merupakan terbitan syarikat produksi Mache All Star United Sdn. Bhd., diarahkan oleh Mohd Zainorhisyam Samsudin dengan hasil nukilan skrip daripada Mike Maurinho.

Episod : 10
Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 7 Februari 2024 (Rabu – Khamis)
Masa : 9.00 Malam
Skrip : Mike Mourinho
Pengarah : Mohd Zainorhisyam Samudin
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd.

OST Drama

Tajuk Lagu : Pejam
Artis : Khai Bahar & Adira Suhaimi
Penulis lirik: Shazee Ishak, Audi Mok
Komposer: Shazee Ishak , Audi Mok 

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Syarul Ezani, Siti Hariesa, Malis, Fikhree Bakar, Dato’ Jalaluddin Hassan, Jay Iswazir, Razin Qidran, Ash Azhan dan ramai lagi.

  • Syarul Ezani sebagai Amir
  • Siti Hariesa sebagai Manis
  • Malis sebagai Cantik
  • Fikhree Bakar sebagai Razak
  • Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Zul
  • Jay Iswazir sebagai Sopi
  • Razin Qidran sebagai Muz
  • Asha Azhan sebagai Maya

Sinopsis Drama Si Jantung Hati

Drama Si Jantung Hati mengisahkan tentang Amir yang berusia 23 tahun menerima berita buruk apabila dia perlu gantikan jantungnya dengan segera atau dia akan mati.

Akibat terdesak dan mahu menangguh kematian, Amir mengambil keputusan melakukan pemindahan jantung babi yang diperoleh melalui kawan lamanya.

Bagaimanapaun, setelah bangun dari pembedahan, persoalan mulai timbul dalam diri Amir sama ada darah yang dipam dalam badanya menerusi jantung babi membuatkan tubuhnya menjadi haram?

Apakah segala ibadah yang dilakukan akan diterima oleh tuhan sepanjang hidupnya selagi jantung tersebut masih berada dalam badanya?

Drama Si Jantung Hati Di Astro Ria

Drama Si Jantung Hati Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments