Drama Jendela Hati Di VIU

Drama Jendela Hati Di VIU

Drama Jendela Hati Di VIU

Jangan lupa saksikan drama Jendela Hati yang akan menemui penonotn mulai 15 Februari 2024, setiap Khamis hingga Sabtu, pukul 12.00 tengah hari secara esklusif hanya di platform Viu iaitu di laman web atau aplikasi mobile.

Drama 15 episod yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama karya Asiya Sofea ini merupakan terbitan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh MP Roslin dengan nukilan skrip daripada Intan Zarina.

Episod : 15
Tayangan : Viu
Tarikh : Mulai 15 Februari 2024 (Khamis - Sabtu)
Masa : 12.00 PM
Penulis Skrip : Intan Zarina Mohd Yasin
Pengarah : MP Roslin Md Sharif
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Berikut merupakan antara pelakon yang terlibat dalam drama Jendela Hati seperti Anna Jobling, MK K-Clique, Hanna Aqeela, Ezaidi Aziz, Shah Rezza, Wilma Muhammad, Fazlina Ahmad Daud, Azhar Amir, Safwan Nazri dan ramai lagi.

  • Anna Jobling sebagai Farah & Sarah
  • MK K-Clique sebagai Lukman
  • Hanna Aqeela sebagai Myra
  • Ezaidi Aziz sebagai Anas
  • Shah Rezza sebagai Dato Lutfi
  • Wilma Muhammad sebagai Mak Engku
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Zahela
  • Azhar Amir sebagai Marzuki
  • Safwan Nazri sebagai Nazim

Sinopsis Drama Jendela Hati

Drama Jendela Hati Jendela Hati mengisahkan tentang wanita bernama Farah yang pulang ke Malaysia setelah selesai menamatkan pengajian di luar negara.

Farah ni sebenarnya ada kembar seiras yang bernama Sarah. Sarah ni pulak dah berkahwin dengan lelaki bernama Lukman Hafizi. 

Mereka berdua ada seorang anak lelaki nama Zahin tapi tak lama lepas tu Sarah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

Waktu pertama kali Lukman berjumpa dengan Farah, dia agak terkejut kerana dia tidak pernah bertemu dengan Farah walaupun dia tahu isterinya ada kembar seiras. 

Hubungan Farah dan Lukman jadi semakin erat sehingga tahap keluarga mereka mahukan mereka berdua disatukan.

Semakin lama semakin banyak konflik timbul. Lukman keliru sama ada mahu setia pada arwah Sarah atau membuka hatinya untuk menerima Farah.

Drama Jendela Hati Di VIU

Drama Jendela Hati Di VIU

Post a Comment

0 Comments