Telefilem Usung Putih Di TV1

Telefilem Usung Putih Di TV1

Bagaimana pengorbanan seorang abang terhadap adiknya walaupun dalam keadaan cacat anggota dan lemak akal, tetapi dijaganya dengan baik.

Itulah yang ditunjukkan menerusi telefilem usung Putih yang akan ditayangkan semula pada 13 Januari 2024 selepas tayangan asalnya dibuat pada tahun 2017 yang lalu.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Usung Putih Di TV1

Sinopsis Telefilem Usung Putih

Telefilem Usung Putih mengisahkan tentang Ayie yang mengambil tanggungjawab menjaga adiknya, Aina setelah ibunya meninggal dunia.

Mereka tinggal di rumah peninggalan ibunya dan Ayie bekerja sebagai tukang sapu untuk menyara mereka berdua. Aina ialah seorang budak yang pandai dan juga rajin membantu menambah pendapatan abangnya dengan menjual nasi lemak.

Mereka berjiran dengan Abang Zul dan Kak Azza yang juga banyak membantu mereka berdua. Mereka sebenarnya masih mempunyai ayah tetapi telah lama menghilang.

Pada suatu hari Aina telah dilanggar lari oleh sebuah kereta dan dia mengalami lumpuh dari paras pinggang ke bawah. Sejak itu emosi Aina menjadi tidak stabil dan dia bertukar dari seorang yang periang kepada pendiam.

Ayie membawa Aina ke tempat kerjanya setiap hari dengan memasukkan Aina ke dalam usung putih dan menariknya. Aina tidak mahu mengikut Ayie lagi setelah mereka berdua hampir dilanggar semasa pulang dari kerja.

Selepas itu Ayie terpaksa meninggalkan Aina sendirian di rumah. Balik dari kerja Ayie mendapati Aina hilang dan kesan rumah dipecah masuk. Ayie membuat laporan polis dan berusaha mencari Aina.

Dia terus berdoa semoga Aina dipertemukan dan dinasihatkan supaya pasrah atas apa yang berlaku. Semasa keluar dari masjid Aina menyapa Ayie dan rupanya Aina telah dibawa oleh ayah mereka sendiri.

Sebenarnya Ayie dan Aina telah lama dicari oleh ayah mereka dan Suhaila atau Su adalah emak tiri mereka yang telah melanggar Aina yang juga mencari mangsa langgarnya.

Namun masihkan ada ruang di hati kedua beradik ini untuk menerima kehadiran ayah dan sekaligus memaafkan kesalahan dilakukan ibu tiri mereka yang menyebabkan Aina lumpuh?

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Shafie Naswip, Qistina Hazali, Azza Suaymi, Zul Handy Black, Kamisah Hj Manaf, Ramansundram, Roslan Madun, Eliza Mustafa dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Shafie Naswip sebagai Ayie
  • Qistina Hazali sebagai Aina
  • Azza Suaymi sebagai Kak Azza
  • Zul Handy Black sebagai Abang Zul
  • Kamisah Hj Manaf sebagai Kak Kis
  • Ramasundram sebagai Ramesh
  • Eliza Mustafa sebagai Suhaila

Telefilem Usung Putih Di TV1

Produksi & Pengarah

Naskh tahun 2017 ini merupakan arahan Bakri Al Harith, penulisan skrip daripada Siti Jasmina Ibrahim dan diterbitkan oleh produksi Ardwerk Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Telefilem Usung Putih akan bersiaran pada 13 Januari 2024, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 13 Januari 2024 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Bakri Al Harith
Produksi : Ardwerk Production Sdn. Bhd.

Post a Comment

0 Comments