Telefilem Sayang Suria Di TV3

Telefilem Sayang Suria Di TV3

Saksikan telemovie Sayang Suria yang akan menemui penonton semula pada 26 Januari 2024, hari Jumaat, pukul 1.00 petang menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan terbitan syarikat produksi Country & Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Jamal Khan dengan nukilan skrip daripada Sofia J. Rhyland.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Sayang Suria Di TV3

Pelakon & Watak

Berikut antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Janna Nick, Hafeez Mikail, Hafreez Adam, Faye Kusairi, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Fauzi Nawawi, Lisdawati dan ramai lagi.

  • Janna Nick sebagai Suria
  • Hafeez Mikail sebagai Rykal
  • Hafreez Adam sebagai Rash
  • Faye Kusairi sebagai Izara
  • Marisa Yasmin sebagai Sufi

Sinopsis Telemovie Sayang Suria

Telemovie Sayang Suria mengisahkan tentang Suria yang merupakan pelajar baru di semester pertama tapi Suria tidak mempunyai kawan kerana kawan-kawannya menganggap dirinya pelik.

Suria sebenarnya mengidap SLE sejenis lupus - penyakit kronik di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.

Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.

Suria kemudiannya berkenalan dan bersahabat dengan Rykal yang juga pelajar baru tapi berlainan fakulti. Persahabatan mereka membibitkan cinta namun ditentang oleh Sufi yang merupakan mama Rykal kerana menganggap mereka masih muda.

Rykal memberontak dan mengajak Suria untuk berkahwin. Kemudian kedua pasangan ini lari dan bernikah pada Semester 2. Dengan kehilangan mereka berdua, ibu bapa mereka berusaha untuk menjejaki mereka.

Masalah kesihatan Suria semakin melarat hingga dia terpaksa dibawa ke hospital. Pihak keluarga mereka akhirnya dapat mengesan Suria dan membawanya pulang.

Rykal kemudian dipaksa untuk menceraikan Suria, perkahwinan mereka dibubarkan dan keduanya terpisah. Rykal kemudiannya membawa diri ke luar negara.

Selepas 7 tahun, mereka berdua akhirnya bertemu secara tidak sengaja, tetapi Rykal sudah pun ada bakal isteri yang bernama Izara.

Manakala Suria pula masih hidup bergantung dengan ubatnya dan dia menjadi jurucakap untuk "hidup positif" dan Suria juga diminati Rash. Apa yang berlaku seterusnya? Apakah kebahagiaan akan menjadi milik Suria dan Rykal?

Post a Comment

0 Comments