Telefilem Penunggu Simpang Di TV9

Telefilem Penunggu Simpang Di TV9

Saksikan telefilem Penunggu Simpang yang akan menemui penonton semula pada 26 Januari 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh tonton secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi A. Aida Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Along Kamaludin dengan nukilan skrip daripada MF Kencana.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Penunggu Simpang Di TV9

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Aiman Tino, Jaja Illiyes, Kazar, Khaty Azian, Zaidi Omar, Nafiez Zaidi, Ropie, Hassan Ja'apar, Faiz Tapaw, Zee Zainal, Dazrin Kamarudin, Awe dan ramai lagi.

  • Aiman Tino sebagai Norman
  • Jaja Illiyes sebagai Deana
  • Kazar sebagai Tok Ketua
  • Khaty Azian sebagai Isteri Tok Ketua
  • Zaidi Omar sebagai Khair
  • Nafiez Zaidi sebagai Faiz
  • Ropie sebagai Seman

Sinopsis Telefilem Penunggu Simpang

Tahun 1990, simpang jalan disebuah kampung bernama Kampung Simpang-Simpang dikatakan berhantu. Munculnya penunggu yang digelar Penunggu Simpang. Penunggu Simpang ini menyerupai wanita yang sangat cantik berambut panjang hingga ke tanah. Senyumannya menyebabkan sesiapa yang terserempak menjadi sangat takut. 

Tok Ketua selesai bercerita kepada budak-budak nakal yang sedang bermain basikal 'lajak'.  Tok Ketua beritahu, di simpang ini ada penunggu. Sesiapa yang buat kacau akan diganggu penunggu simpang. Budak-budak nakal itu berjanji tak akan bermain basikal lajak di simpang itu lagi.

Post a Comment

0 Comments