Telefilem Pekerja Terbaik Di TV9

Telefilem Pekerja Terbaik Di TV9

Akan dibawakan semula telefilem Pekerja Terbaik yang akan disiarkan di TV9 menerusi slot Skrin Di 9 untuk tontonan ramai.

Telefilem ini pada asalnya ditayangkan pada tahun 2014 dengan menampilkan pelakon-pelakon seperti Zahiril Adzim, Sharifah Sakinah dan Syazwan Zulkifli.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Pekerja Terbaik Di TV9

Sinopsis Telefilem Pekerja Terbaik

Telefilem Pekerja Terbaik mengisahkan tentang Shaudin yang merupakan seorang pekerja di sebuah restoran makanan segera dan menjadi pekerja terbaik setiap bulan.

Namun sikap Shaudin yang berlagak ketika membuat kerja membuatkan Cik Jue, penyelia di situ tidak senang dengan sikapnya.

Suatu hari, Cik Jue membuat mesyuarat tergempar dan menyatakan bahawa dia akan menyerahkan jawatannya kepada pekerja terbaik untuk bulan seterusnya.

Shaudin yakin yang dia akan terpilih namun kedatangan Hairi, pekerja terbaik di tempat kerja lamanya dulu telah membuatkan Shaudin merasa tergugat.

Disebabkan satu insiden di mana Hairi ditangkap oleh Shaudin kerana mencuri stok makanan di restoran. Malahan, Shaudin juga masih kekal sebagai pekerja terbaik setiap bulan.

Barisan Pelakon

Antara nama-nama pelakon yang ada dalam telemovie ini seperti Zahiril Adzim, Sharifah Sakinah, Syazwan Zulkifli, Sherry Al-Hadad, Rykal Iskandar, Shah Tapaw, Zahfiz Hamzah, Achong Sweetchild dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zahiril Adzim sebagai Shaudin
  • Sharifah Sakinah sebagai Ella
  • Syazwan Zulkifli sebagai Hairi
  • Sherry Al-Hadad sebagai Miss Jue
  • Rykal Iskandar sebagai Omar
  • Shah Tapaw sebagai Musa Kalut
  • Zahfiz Hamzah sebagai Rosli
  • Achong Sweetchild sebagai Bomoh

Produksi & Pengarah

Naskah tahun 2014 ini merupakan arahan Kyoll Hamzah, penulisan skrip daripada Farhana Zul dan diterbitkan oleh produksi Saga Lines.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa saksikan telefilem Pekerja Terbaik pada 12 Januari 2024, hari Jumaat pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2014
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 12 Januari 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Farhana Zul
Pengarah : Kyoll Hamzah
Produksi : Saga Lines

Post a Comment

0 Comments