Telefilem Aku Menteri Dapur Di TV2

Telefilem Aku Menteri Dapur Di TV2

Jangan lupa saksikan telefilem Aku Menteri Dapur yang akan menemui penonton semula pada 26 Januari 2024, bersiaran hari Jumaat, pukul 3.00 petang menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau secara online di RTM Klik.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan terbitan syarikat produksi Nur Effendy Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zulkeflie M. Osman dengan nukilan skrip daripada Akhbar Hashim bersama Fauziah Hj. Mahfodz.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Aku Menteri Dapur Di TV2

Pelakon & Watak

Berikut merupakan pelakon yang terlibat dalam telefilem Aku Menteri Dapur seperti Aisya Hasnaa, Qi Razali, Aznah Hamid, Jeff Omar, Rizalwan Ramli, Zarina Mohamad Nor, adik Lea Dyfiena Jannah dan ramai lagi.

  • Qi Razali sebagai Fauzi
  • Aisyaa Hasna sebagai Sofi

Sinopsis Telefilem Aku Menteri Dapur

Telefilem Aku Menteri Dapur mengisahkan tentang Fauzi bekerja sebagai auditor di sebuah syarikat di Kuantan. Isterinya, Sofi pula bekerja di Maran dan mereka tinggal di Gambang.

Akibat jarak yang agak jauh, Fauzi sering lewat ke pejabat dan menerima surat amaran yang ketiga. Beliau beberapa kali bercadang untuk meletak jawatan tetapi sering dibantah oleh Sofi. Tambahan pula kerja audit ini tidak sesuai dengan jiwanya yang lebih cenderung kepada memasak.

Akhirnya beliau berhenti kerja tanpa pengetahuan Sofi dan ingin membuka kelas masakan di rumah. Dengan bantuan rakannya Mawi, beliau mendapat pelajar hadir ke kelas masakannya melalui akaun Facebook, 'Menteri Dapur' yang dikendalikan oleh Mawi. Kelas itu dibuat di rumahnya sendiri ketika Sofi keluar bekerja.

Salah seorang pelajarnya yang bernama Irma mula jatuh hati dengan Fauzi. Irma sebenarnya merupakan teman sepejabat dengan Sofi. Kelas masakan Fauzi semakin maju. Beliau menyewa rumah lain untuk menampung penambahan bilangan pelajarnya.

Fanpage 'Menteri Dapur' semakin popular dan semakin ramai pengikut. Mawi mencadangkan Fauzi memasuki pertandingan memasak yang dianjurkan oleh salah satu stesen TV. Bagi menjaga rahsianya, beliau memakai topeng semasa pertandingan dan muncul sebagai juara.

Sofi mula syak apabila melihat cincin yang dipakai oleh juara memasak serupa dengan cincin perkahwinan pemberian Sofi. Beliau menyiasat lanjut dan menghubungi pejabat Fauzi dan akhirnya beliau mendapat tahu yang Fauzi sudah 6 bulan berhenti kerja.

Sofi berasa marah dan kecewa. Beliau pergi di tempat kelas memasak Fauzi untuk mendapat kepastian. Irma pula terkejut bila mengetahui yang Fauzi merupakan suami Sofi, rakan sepejabatnya.

Segala rahsia Fauzi terbongkar dan Sofi merajuk dan pulang ke kampung bersama anaknya, Sara. Setelah beberapa hari Fauzi memujuk, namun adakah cubaannya itu berjaya?

Post a Comment

0 Comments