Telefilem Mama Sado Di TV9

Telefilem Mama Sado Di TV9

Nak tahu bagaimana kehidupan seorang wanita bergelar ibu yang berbadan sado dan berperwatakan seperti lelaki? Semua ini anda boleh saksikan di telefilem Mama Sado.

Sebuah naskah komedi sesuai tontonan ramai yang akan menemui anda semula pada 17 Januari ini menerusi slot Skrin Di 9 di TV9.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Mama Sado Di TV9

Sinopsis Telefilem Mama Sado

Andra Raina sering malu bila berada bersama ibunya di khalayak. Malu untuk mengaku orang tua berusia 47 tahun itu adalah ibu kandungnya sendiri.

Ibunya berbadan sado dan berperawakan seperti lelaki. Pakai seluar, pakai t-shirt atau kemeja dan berambut pendek paras bahu.

Gaya berjalan, gaya bertutur memang keras. Tidak langsung menampakkan ciri-ciri seorang perempuan sejati. Lebih-lebih lagi ibunya sering menunggang motor berkuasa tinggi dan bergaul dengan lelaki yang punya hobi menunggang motosikal.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Didie Alias, Miera Leyana, Ben Amir, Esma Daniel, Enot, Syed Nahar Syed Mokhtar, Mohd Faiz, Zhyrenatadel Rio, Tajal Ariffin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Didie Alias sebagai Sham
  • Miera Liyana sebagai Andra
  • Esma Daniel sebagai Ismail
  • Ben Amir sebagai Idris

Produksi & Pengarah

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Haizul Anafeer Ali, penulisan dan idea asal daripada Azlina Din serta diterbitkan oleh produksi Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Mama Sado yang akan bersiaran semula pada 19 Januari 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh strim secara online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 19 Januari 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Skrip : Azlina Din
Pengarah : Haizul Anafeer Ali
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

Post a Comment

0 Comments