Telefilem Kelam Di TV1

Telefilem Kelam Di TV1

Saksikan telefilem Kelam yang akan menemui penonton pada 3 Februari 2024, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Suafa Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh sutradara Fazli Yahya dengan nukilan skrip daripada Farhana Fauri.

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 3 Februari 2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Suafa Production Sdn. Bhd.

Telefilem Kelam Di TV1

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Syazuwan Hassan, Hasnul Rahmat, Jojo Goh, Ooi Liang Chia, Aiman Badrul, Dollah Cantek, Azfar Hassan, Izuan Razali, Jeff Hasan, Nisa Mat Isa, Azmi Caliph Busker dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Syazuwan Hassan sebagai Zeck
  • Hasnul Rahmat sebagai Kamal
  • Jojo Goh sebagai Haslina
  • Ooi Liang Chia sebagai Alvin
  • Aiman Badrul sebagai Mohamad
  • Dolla Cantek sebagai Hashim

Sinopsis Telefilem Kelam

Telefilem Kelam mengisahkan tentang Zeck yang menjadi buta dalam kemalangan akibat merempit. Ayahnya, Kamal membantu Zeck membiasakan diri dengan keadaan barunya itu.

Untuk menjalani kehidupan seperti biasa, Zeck mengikuti program rehabilitasi di Persatuan Orang Buta Malaysia dan belajar menerima keterbatasannya dengan bimbingan Haslina.

Mereka kemudian berkahwin, namun Zeck pula memutuskan untuk bercerai. Tragedi menimpa Haslina apabila dia disahkan menghidap barah tahap emmpat dan meninggal dunia.

Apakah kesudahan kehidupan Zeck selapas itu?

Post a Comment

0 Comments