Telefilem Hentian Gerik Di Astro Warna

Telefilem Hentian Gerik Di Astro Warna

Hujung minggu anda akan disajikan dengan sebuah lagi telefilem komedi tetapi kali ini ada unsur seram iaitu menerusi Hentian Gerik yang akan menemui penonton pada 20 Januari ini.

Sebuah naskah yang mana dilakonkan sepenuhnya di Gerik, Perak sekali gus dapat promosi Tahun Melawat Perak 2024. Sambil tengok cerita, boleh layan keindahan Gerik.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Hentian Gerik Di Astro Warna

Sinopsis Telefilem Hentian Gerik

Telemovie Hentian Gerik mengisahkan tentang dua orang sahabat yang datang ke Hentian Gerik untuk menjual dan berniaga barangan bundle di van boot sale tetapi beralih kepada kejadian seram yang tidak dijangka.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang ada dalam telemovie ini seperti Namie Smy, Shashic Iewan, Said Prono, Raden Zaharatul, Din Latah, Najua Nasir, dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Namie Smy sebagai Syakir
  • Shashic Iewan sebagai Meon
  • Raden Zaharatul sebagai Hana
  • Said Prono sebagai Paksu
  • Din Latah sebagai Ramli

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan arahan pengarah tersohor Aziz M. Osman, penulisan skrip daripada Nur Afirah dan diterbitkan oleh produksi Arie Zahari Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem seram komedi Hentian Gerik pada 20 Januari 2024, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Warna 107 dan secara online di Astro Go.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Astro Warna 107
Tarikh : 20 Januari 2024 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Nur Afirah
Pengarah : Aziz M. Osman
Produksi : Arie Zaharie Production

Post a Comment

0 Comments