Telefilem Daffodil Lara Di TV2

Telefilem Daffodil Lara Di TV2

RTM bawakan kembali telefilem Daffodil Lara yang menampilkan gandingan suami isteri Amyra Rosli dan Amar Baharin menjadi antara teraju utama dalam cerita ini.

Telefilem ini asalnya ditayangkan pada tahun 2018 dan kini diulang siar pada 9 Januari 2024 untuk tontonan ramai.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Daffodil Lara Di TV2

Sinopsis Telefilem Daffodil Lara

Mengisahkan tentang Lara yang menguruskan sebuah kafe milik ibunya, Jane di Cardiff. Sementara itu Hairi yang merupakan seorang pelajar di sebuah universiti juga bekerja sambilan di tempat yang sama.

Berada jauh di negara orang membuatkan dua sahabat ini, Hairi dan Lara banyak meluangkan masa bersama dan saling memahami. Apa sahaja dikongsikan bersama keduanya termasuk suka dan duka. Lara sentiasa memerlukan Hairi dan begitu juga sebaliknya.

Keakraban itu membuatkan dalam diam Hairi menaruh hati pada Lara. Dia berharap Lara sudi menerima dirinya sebagai kekasih. Namun sebaliknya pula bagi Lara.

Lara sering mengelak apabila Hairi berbicara tentang hati kerana sejarah sedih kematian kekasih serta ayahnya. Kesedihan itu membuatkan dia belum sedia menerima lelaki lain dalam hidupnya.

Namun segalanya berubah selepas itu apabila perkenalan Lara dengan Ilham mula membuka pintu hatinya. Lara dengan mudah membuka hati untuk menerima Ilham yang jatuh hati kepadanya.

Pertemuan dengan Jane telah merungkai rahsia besar yang tidk diketahui dan dirahsiakan selama ini. Ilham merupakan anak susuan Jane dari usia bayi sehingga berumur 2 tahun.

Begitu pun keluarga mereka terputus hubungan dan Ilham berkongsi kisah keluarganya. Dari situlah Jane dapat kembali mengingati dia pernah menjadi ibu susuan Ilham.

Masing-masing kecewa dengan berita tersebut. Berat untuk Lara dan Ilham menerima hakikat mereka saudara susuan. Begitu juga dengan Jane yang terpaksa menerangkan kebenaran.

Mengecewakan Lara bermakna dia turut sama kecewa kerana menyedari perubahan positif Lara sepanjang menjalin hubungan dengan Ilham.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Amyra Rosli, Amar Baharin, Hafeez Mikail, Marisa Yasmin, Nabihan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Amyra Rosli sebagai Lara
  • Amar Baharin sebagai Hairi
  • Hafeez Mikail sebagai Ilham
  • Marisa Yasmin sebagai Jane

Telefilem Daffodil Lara Di TV2

Produksi & Pengarah

Naskah tahun 2018 ini merupakan arahan Rahila Ali, penulisan skrip daripada Siti Jasmina Ibrahim dan diterbitkan oleh produki Pena Creative Pictures Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan semula telefilem Daffodil Lara pada 9 Januari 2024, hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau secara striming di RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 9 Januari 2024 (Selasa)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Rahila Ali
Produksi : Pena Creative Pictures Sdn. Bhd.

Telefilem Daffodil Lara Di TV2

Post a Comment

0 Comments