Telefilem Cermin Kasih Di TV9

Telefilem Cermin Kasih Di TV9

Sebuah kisah pilu mengisahkan tentang bagaimana seorang ibu yang terpaksa dipisahkan oleh anaknya ketika kecil dipaparkan dalam telefilem Cermin Kasih.

Telefilem ini pernah tersenarai dalam drama terbaik Anugerah Skrin 2016 dan kini akan menemui penonton semula menerusi slot Skrin Di 9 di TV9.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Cermin Kasih Di TV9

Sinopsis Telefilem Cermin Kasih

Telefilem Cermin Kasih mengisahkan tentang kehidupan Marina yang bertukar selepas dijodohkan bersama pemuda pilihan orang tuanya iaitu Amran.

Hakikatnya, Amran adalah pengedar dadah. Marina dipaksa oleh Amran untuk terlibat sama dan akhirnya dia diberkas polis.

Amran pula meninggal dunia akibat ditembak polis. Melalui sisi gelap di penjara, Marina disahkan mengandung. Gangguan emosi melanda Marina dan akhirnya lahirlah Maryam.

Selaras dengan peraturan penjara, Maryam dipisahkan daripada Marina apabila menginjak 3 tahun. Maryam dipelihara oleh ibu bapa Marina iaitu Pak Hamdan dan Mak Jah. Mereka hanya dipertemukan di antara cermin kaca setiap kali melawat Marina di penjara.

Tiba hari pembebasan Marina. Dia pulang dan mendapati sekujur tubuh Maryam di atas katil menanti kepulangannya. Maryam meninggal dunia pada hari yang sama Marina dibebaskan.

Namun, hajatnya untuk mengucup dahi anaknya tercapai sebelum Maryam pergi buat selamanya.

Barisan Pelakon

Cermin Kasih menampilkan barisan pelakon seperti Tiz Zaqyah, Shaheizy Sam, Fazlina Ahmad Daud, Raja Ilya, Ku Faridah, Zulkifli Ismail, Puteri Luvvna Willma, Nur Myra Damia, Arie Zaharie, Mia Kesuma dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Tiz Zaqyah sebagai Marina
  • Shaheizy Sam sebagai Amran
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Kak Rock
  • Raja Ilya sebagai Azlina
  • Ku Faridah sebagai Mak Jah
  • Zulkifli Ismail sebagai Hamdan

Telefilem Cermin Kasih Di TV9

Produksi & Pengarah

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Murali Abdullah, penulisan skrip bersama daripada K. Adli, Luqman Al-Jefri Tarikh & Nor Syafinaz Samsudin dan diterbitkan oleh produksi Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Cermin Kasih pada 22 Januari 2024, hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 dan secara striming di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 22 Januari 2024 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Skrip : K. Adli, Luqman Al-Jefri Tarikh & Nor Syafinaz Samsudin
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi : Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.

Post a Comment

0 Comments