Telefilem Calon Suami Novelis Di TV2

Telefilem Calon Suami Novelis Di TV2

Tahun 2015 yang lalu buat kali pertama telefilem Calon Suami Novelis bersiaran untuk tontonan ramai di saluran RTM dan kini ianya akan ditayangkan semula.

Sebuah cerita yang memaparkan bagaimana seorang novelis berhasrat mencari calon suami sebenar sama seperti yang dibayangkan dalam novel berkenaan tetapi yang dapat hanya seorang penjenayah siber.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Calon Suami Novelis Di TV2

Sinopsis Telefilem Calon Suami Novelis

Telefilem Calon Suami Novelis mengisahkan tentang kMarlia iaitu novelis yang baru meningkat naik sering membayangkan lelaki yang serba sempurna sebagaimana yang digarap dalam novelnya sebagai calon suaminya.

Pendirian Marlia menimbulkan rasa kurang senang pada Shahrol, perekagrafik di syarikat penerbitan novel Marlia. Justeru, mereka sering bertelagah dan bertengkar. Bagaimanapun ketika Marlia dalam tekanan, dia akan mencari Shahrol.

Satu hari, manuskrip novel terbaru Marlia ditolak oleh penerbit, Ramlah atas alasan novel tersebut kurang menarik dan paparan cinta watak utama dalam novel berkenaan yang tidak bersatu dengan latar lokasi iaitu Bandung. Marlia menulis situasi di Bandung berdasarkan cerita yang disampaikan oleh ayahnya, Riezman.

Shahrol nasihatkan Marlia mengolak semula manuskrip tersebut dengan berlatarbelakangkan Malaysia kerana Marlia. Bagaimanapun Marlia nekad hendak ke Bandung atas alasan ingin merasai sendiri pengalaman di sana.

Shahrol dan Riezman kurang setuju. Namun Marlia tetap berdegil. Di Bandung, Marlia mempunyai seorang kenalan FB iaitu Dian. Kedatangan Marlia disambut mesra oleh Dian. Di Bandung, Marlia berkenalan dengan Ricky, seorang penulis novel terkenal di Indonesia.

Pengalaman di Bandung dan perkenalan dengan Ricky menyebabkan Marlia dibuai cinta. Ricky bukan sahaja sehati sejiwa dengannya, namun segala perwatakan lelaki idaman yang sering digambarkan dalam novelnya ada pada Ricky. Keseronokannya juga menyebabkan dia bercerita tentang Ricky kepada Shahrol. Shahrol mula rasa cemburu.

Hubungan Marlia dengan Ricky juga menyebabkan Dian rasa tersisih. Dian merajuk dan tidak lagi menjadi peneman Marlia. Tindakan Dian menyebabkan hubungan Marlia dan Ricky makin rapat dan akhirnya dalam diam mereka saling menyintai.

Shahrol yang mula rasa kehilangan Marlia, turut ke Bandung. Shahrol makin kecewa apabila mendapati Marlia memang benar-benar jatuh cinta pada Ricky. Shahrol ingin kembali ke Malaysia dan ketika itu Dian datang dan memberitahu yang Ricky adalah penjenayah yang diburu oleh pihak polis dan menyamar sebagai Ricky, penulis novel Indonesia. Ricky akhirnya ditahan pihak berkuasa.

Marlia dan Shahrol kembali ke Malaysia. Marlia mula rasa malu dengan Shahrol, manakala Riezman meyakinkan Marlia yang Shahrol memang cintakan Marlia. Bagaimanapun Marlia kecewa apabila mendapati Shahrol sering berhubungan dengan Dian.

Marlia mengambil keputusan untuk tidak mengganggu hubungan Shahrol dan Dian, namun dalam diam di saat dia tertekan dia memerlukan Shahrol. Dan di saat Marlia dalam keadaan benar-benar pasrah, Shahrol datang dan mengharapkan cintanya pada Marlia bersambut. Marlia menolak kerana dia rasa bersalah dengan Dian.

Siapakah Dian yang sebenarnya? Apakah hubungannya dengan Shahrol?

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Tasha Shila, Afiq Muiz, Veri Kurniawan, Haryanto Hassan, Haleeda, Nazlinda Yusuf, M. Rozeli Supaat, Qistina Abdain dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Tasha Shila sebagai Marlia
  • Afiq Muiz sebagai Shahrul
  • Haryanto Hassan sebagai Riezman
  • Veri Kurniawan sebagai Ricky
  • Haleeda sebagai Puan Ramlah

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Calon Suami Novelis pada 19 Januari 2024, hari Jumaat pukul 3.00 petang menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2015
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 19 Januari 2024 (Jumaat)
Waktu : 3.00 Petang
Skrip : Mazelan Manan
Pengara : M. Nazir Juhan @ Jetlee
Produksi : Pujangga Kreatif Sdn. Bhd.

Post a Comment

0 Comments