Telefilem Balik Kampung Tak Lonely Lagi Di TV9

Telefilem Balik Kampung Tak Lonely Lagi Di TV9

Tahun 2024 menerusi slot Skrin Di 9 akan dimulakan dengan tayangan semula telefilem Balik Kampung Tak Lonely Lagi yang mana sebelum ini pernah ditayangkan pada tahun 2020.

Jadi orang ramai boleh saksikan telefilem komedi seram ini di rumah bersama keluarga yang akan ditayangkan di saluran TV9 atau boleh juga strim di Tonton.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Balik Kampung Tak Lonely Lagi Di TV9

Sinopsis Telefilem Balik Kampung Tak Lonely Lagi

Hari Keluarga adalah hari pengumpulan dan kegembiraan, namun bagaimana jika yang berkumpul itu hantu yang terlepas yang mahu menjadi keluarga dan menghantui perjalanan pulang ke kampung halaman.

Megat, 26, anak tunggal kepada Mak Dara, seorang ibu tunggal. Dia seorang yang kerap buruk sangka, menjengkelkan, sukakan perhatian di laman sosial dan sering memberi komen 'bitter'.

Para Pelakon

Antara nama-nama pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Andi Bernadee, Mas Idayu, Shamsul Ghau Ghau, Nik Adam Mika, Shah Hazvee, Wans Ahmad, Ady Mohammad, Zahir Deck, Raja Azmi, Roy Azman dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Andi Bernadee sebagai Megat
  • Mas Idayu sebagai Mak Dara
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Lelaki Misteri
  • Nik Adam Mika sebagai Ayyad/Hantu
  • Shah Hazvee sebagai Syafiq
  • Wans Ahmad sebagai Rozaimi

Produksi & Pengarah

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan arahan Shuhaimi Lua, penulisan skrip daripada Zyza Backy bersama Hafeez Amin dan diterbitkan oleh produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Balik Kampung Tak Lonely Lagi pada 1 Januari 2024, hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 1 Januari 2024 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Idea Asal : Hafeez Amin
Skrip : Zyza Backy & Hafeez Amin
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Post a Comment

0 Comments