Puisi Sedih Al Kitab Di TV3

Puisi Sedih Al Kitab Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Puisi Sedih Al Kitab yang akan menemui penonton semula pada 3 Februari 2024, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cerekapilihan di TV3 atau boleh tonton secara online di aplikasi Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan terbitan syarikat produksi Aniq Communication Sdn. Bhd., diarahkan oleh Khir Rahman dengan penulisan skrip daripada Nor Faznita Md Nor.

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 3 Februari 2023 (Sabtu)
Waktu : 2.00 Petang
Penulis Skrip : Nor Faznita Md Nor
Pengarah : Khir Rahman
Produksi : Aniq Communication Sdn. Bhd.

Puisi Sedih Al Kitab Di TV3

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem Puisi Sedih Al Kitab seperti Siti Elizad, Khir Rahman, Riz Amin, Liza Othman, Sein Qudsi, Ieka Zulkifli, Zukhylayca Zahary, Anuar Hamid dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Siti Elizad sebagai Nadirah
  • Khir Rahman sebagai Dr. Hafiz
  • Riz Amin sebagai Imran
  • Liza Othman sebagai Khatijah
  • Sein Qudsi sebagai Barry
  • Ieka Zulkifli sebagai Munirah
  • Zukhylayca Zahary sebagai Shahira

Sinopsis Telefilem Puisi Sedih Al Kitab

Telefilem Puisi Sedih Al Kitab mengisahkan tentang Nadirah yang telah dihadiahkan dengan sebuah Al-Quran oleh ayahnya apabila dia berjaya khatam Al-Quran.

Nadirah membawa Al-Quran tersebut ke kolej dan hanya membiarkannya. Dia bukan saja tidak membaca malahan tidak pernah membuka Al-Quran itu.

Masa telah berlalu, kini Nadirah sudah berkahwin dan mempunyai anak. Satu hari, dia didatangi seorang lelaki asing yang membawa naskhah Al-Quran.

Nadirah mula rasa malu apabila dia mendapat tahu lelaki itu mempelajari Islam dengan membaca Al-Quran manakala Nadirah telah lama meninggalkannya.

Puisi Sedih Al Kitab Di TV3

Post a Comment

0 Comments