Filem Rampok Di Astro First

Filem Rampok Di Astro First

Astro bawakan sebuah filem komedi sesuai tonton ramai berjudul Rampok yang akan menemui di pawagam rumah anda di Astro First.

Sebuah filem yang membawa kisah rompakan bank dengan menampilkan barisan pelakon seperti Azhan Rani, Nami, Shashic, Syafie Naswip dan ramai lagi.

{tocify} $title={Table of Contents}

Filem Rampok Di Astro First

Sinopsis Filem Rampok

Seorang wanita dengan pistol masuk ke dalam bank untuk merompak. Setelah semua orang dijadikan tebusan, CCTV dimatikan.

Sepasukan polis diketuai Inspektor Natasya tiba untuk berunding dan menghubungi perompak berkenaan. Selepas rundingan berjaya, ketiga-tiga tebusan itu dibebaskan.

Tanpa disedari polis, tebusan yang dibebaskan adalah rakan kepada perompak dan perompak itu sendiri. Perompak mempunyai sejarah tersendiri yang memaksa mereka merompak. Apakah kisah sebenar mereka?

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Azhan Rani, Nami, Shashic, Syafie Naswip, Reen Rahim, Riena Diana, Wanns Ahmad, Nur Amira Syahira, Roy Azman, Hanna Aqeela, Lan Siro, Sanjna Suri, Rusdi Ramli dan ramai lagi.

Filem Rampok Di Astro First

Produksi & Pengarah

Filem ini merupakan arahan sutradara Ahmad Hashim, penulisan skrip daripada MF Kencana dan diterbitkan oleh produksi Quira One Production Sdn. Bhd.

Waktu Tayangan

Filem Rampok akan ditayangkan bermula 18 Januari 2024 dan seterusnya menerusi Astro First saluran 480 atau secara On Demand dengan sewa berharga RM15.00 untuk tempoh 48 jam.

Info Penuh Filem

Tayangan : Astro First
Tarikh : 18 Januari 2024
Penulis Skrip : MF Kencana
Pengarah : Ahmad Hashim
Produksi : Quiara One Production Sdn. Bhd.

Post a Comment

0 Comments