Prekuel Mat Kilau, Saksikan Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Di Pawagam Mulai 11 Januari Ini

Prekuel Mat Kilau, Saksikan Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Di Pawagam Mulai 11 Januari Ini

Menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi hampir RM100 juta menerusi Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sepertinya tidak terhenti disitu apabila satu lagi filem terbitan Studio Kembara akan menemui anda.

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah merupakan prekuel kepada Mak Kilau sebelum ini dan pengembaraanya telah menelan belanja keseluruhan RM15 juta.

Naskah ini pada awalnya diarahkan oleh Areel Abu Bakar, tetapi diganti dengan dua pengarah baru iaitu Saiful Reze Shukor dan Shahrudin Md Dali yang mengambil alih tugasan tersebut untuk menyiapkan karya ini.

{tocify} $title={Table of Contents}

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Di Pawagam

Sinopsis Filem Pendekar Awang

Filem Pendekar Awang berkisar tentang peristiwa selepas kebangkitan pahlawan Melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang.

Apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat.

Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Fattah Amin, Nur Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafisu, Nam Ron, Amir Ahnaf, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Tissa Biani, Amerul Affendi, Geoff Andre Feyaerts, Hasnul Rahmat, Ruzaidi Rahman, Syed Ali Murtadha, Ali Karimi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fattah Amin sebagai Awang
  • Nur Fazura sebagai Sayang
  • Heliza Helmi sebagai Siti
  • Ali Karimi sebagai Brahim
  • Nadhir Nasar sebagai Tahir
  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah
  • Amerul Affendi sebagai Tobah
  • Hasnul Rahmat sebagai Kodi
  • Amir Ahnaf sebagai Andak
  • Hazwani Helmi sebagai Minah
  • Namron sebagai haji Sulong
  • Ruzaidi Rahman sebagai Jalak
  • Mawi sebagai Tok Kenali
  • Azrel Ismail sebagai Tok Janggut
  • Juga terdapat penampilan khas daripada Dian P. Ramlee sebagai Mak Senah dan Faizal Tahir sebagai Utusan To'ku.

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Di Pawagam

Produksi & Pengarah

Filem aksi ini merupakan arahan bersama Sharuddin Md Dali dan Saiful Reza, penulisan skrip daripada Shahruddin Dali dan diterbitkan oleh produksi Studio Kembara.

Waktu Tayangan

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah akan mula ditayangkan serendak di pawagam seluruh Malaysia mulai 11 Januari 2024 (Khamis).

Info Penuh Filem

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 11 Januari 2024
Penulis Skrip : Shahruddin Dali
Pengarah : Shahruddin Dali, Saiful Reza
Produksi : Studio Kembara

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Di Pawagam

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Di Pawagam

Post a Comment

0 Comments