Filem Jiwa 8 Belas Di Pawagam Mulai 18 Januari Ini

Filem Jiwa 8 Belas Di Pawagam Mulai 18 Januari Ini

Sebuah filem drama aksi berjudul Jiwa 8 Belas akan mula ditayangkan di pawagam pada Khamis dengan menampilkan gabungan pelakon-pelakon baru dan lama.

Filem ini dikatakan juga merupakan naskah pertama lakonan Sophia Albarakbah yang baru memasuki dunia lakonan pada lima tahun lalu ketika berumur 25 tahun.

Ianya sebuah naskah yang memaparkan pelbagai isu yang melibatkan kegiatan haram anak-anak berjiwa muda untuk cepat kaya. Rasa dendam dan sebagainya.

{tocify} $title={Table of Contents}

Filem Jiwa 8 Belas Di Pawagam

Sinopsis Filem Jiwa 8 Belas

Filem Jiwa 8 Belas  mengisahkan tentang dua orang anak muda yang berkawan baik iaitu Isyq dan Fatien dalam perjalanan ke negara Thailand.

Dalam diam Isyq simpan perasaan terhadap Fatien namun gadis cantik tersebut menjalinkan hubungan cinta bersama Edd. Dalam perjalanan tersebut, mereka mengalami kemalangan jalan raya akibat terlanggar lori di hadapan.

Kerana motor Isyq hancur dan tak boleh digunakan lagi, mereka berdua ambil keputusan untuk berjalan kaki saja menuju ke pekan berdekatan di kawasan tersebut untuk dapatkan bekalan makanan dan rawatan.

Tumpang kereta orang lain pun tak lama kerana yang sudi tumpangkan cuma kereta tua.

Ketika berjalan kaki, Isyq dan Fatien disapa oleh Mat Kitam yang sanggup tumpangkan mereka hingga ke pekan terdekat kerana dia pun menuju ke arah yang sama.

Awalnya Isyq terharu dengan kebaikan lelaki asing tersebut tapi hati mula tak sedap bila karakter Mat Kitam tak disenangi.

Makin bertambah takut apabila Fatien ternampak senjata api di bawah tempat duduk Mat Kitam. Rupanya Mat Kitam adalah ketua geng pemerdagangan manusia.

Dalam masa yang sama Edd pula bermain cinta dengan wanita lain. Abang Fatien yang tahu tentang perkara tersebut mula mencari keberadaan adiknya.

Dia syak Isyq melarikan adiknya namun ibu Isyq menyangkal buruk sangka tersebut.

Filem Jiwa 8 Belas Di Pawagam

Filem Jiwa 8 Belas Di Pawagam

Barisan Pelakon

Antara nama-nama yang terlibat dalam filem ini seperti Shah Hazvee, Sophia Albarakbah, Izuan Razali, Kanda Khairul, Fauziah Nawi, A. Galak, Datuk Jalaluddin Hassan, Akim Nordin, Ikhram Juhairi, Faha Azhar dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Shah Hazvee sebagai Ishq
  • Sophia Albarakbah sebagai Fatien
  • Ikhram Juhari sebagai Edd
  • Izuan Razali sebagai Mat Kitam
  • A. Galak sebagai Kudin
  • Kanda Khairul sebagai Kanda
  • Fauziah Nawi sebagai Emak Ishq
  • Dato' Jaluluddin Hassan sebagai Atok Li
  • Faha Azhar sebagai Botak
  • Akim Nordin sebagai Kucai

Produksi & Pengarah

Filem ini merupakan arahan S. Baldev Singh dan diterbitkan oleh produksi Sri Saheb Production Sdn. Bhd. serta diedarkan oleh GSC.

Filem Jiwa 8 Belas Di Pawagam

Waktu Tayangan

Jangan lupa saksikan filem Jiwa 8 Belas yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 18 Januari 2024 pada Khamis.

Info Penuh Filem

Tayangan : Pawagam
Waktu : 18 Januari 2024
Genre : Aksi / Drama
Pengarah : S. Baldev Singh
Produksi : Sri Saheb Production Sdn. Bhd.

Trailer

Post a Comment

0 Comments