Drama Teguh Di TV1

Drama Teguh Di TV1

Drama Teguh menjadi pembuka tirai tahun 2024 bagi drama terbaru menerusi RTM dimana akan mula ditayangkan pada 5 Januari 2024.

Drama yang menampilkan barisan pelakon seperti Erynne Erynna, Kodi Rasheed, Razak Ahmad dan ramai lagi.

{tocify} $title={Table of Contents}

Drama Teguh Di TV1

Sinopsis Drama Teguh

Drama Teguh mengisahkan tentang dendam seorang anak yang ditinggalkan oleh bapanya semasa kecil. Syed Tahir dan isterinya, Melissa pula ke Malaysia setelah lama menetap di luar negara.

Amar yang merupakan anak Syed Tahir aktif membantu golongan gelandangan sebagai ketua operasi di Yayasan Tegu milik keluarganya.

Sementara itu, Ain sibuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan SPM. Ain tinggal bersama abangnya, Izlan dan emaknya pula telah hilang tanpa khabar berita.

Ain mencari duit dengan menyanyi di kafe milik Razman selepas waktu persekolahan namun Ain sering diganggun Ahlong kerana hutang abangnya.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Teguh ini ialah Erynne Erynna, Razak Ahmad, Kodi Rasheed, Sherie Merlis, Zharif Kamil, Anwar Rusdini, Shamsul Ghau Ghau, Ezzaty Abdullah, Neera Azizi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Erynne Erynna sebagai Ain
  • Razak Ahmad sebagai Syed Tahir
  • Kodi Rasheed sebagai Amar
  • Sherie Merlis sebagai Melissa
  • Zharif Kamil sebagai Mikail
  • Anwar Rusdini sebagai Izlan
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Razman
  • Ezzaty Abdullah sebagai Balqis

Produksi & Pengarah

Drama 26 episod ini merupakan arahan bersama Faliq Sharif dan Zainorhisyam Samudin, penulisan skrip daripada Siti Jasmina Ibrahim dan Shah Rizal dan diterbitkan oleh produksi Azura Pictures Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan drama Teguh mulai 5 Januari 2024, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.45 petang menerusi slot Widuri di TV1 dan secara online di RTM Klik

Info Penuh Drama

Episod : 26
Tayangan : Slot Widuri di TV1
Tarikh : Mulai 5 Januari 2024 (Jumaat - Ahad)
Masa : 6.45 Petang
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim, Shah Rizal Ejal Mashur
Pengarah : Faliq Sharif, Zainorhisyam Samudin
Produksi : Azura Pictures Sdn. Bhd.

Post a Comment

0 Comments