Drama SeOfis Eksklusif Di Tonton

Drama SeOfis Eksklusif Di Tonton

Bagaimana agaknya perjalanan apabila tiga gadis yang mempunyai personaliti yang berbeza akhirnya membentuk satu persahabatan yang mampu mengharungi pelbagai ringtangan.

Jawapannya ada dalam sebuah drama Tonton Original berjudul SeOfis yang akan temui anda bermula 18 Januari 2024.

{tocify} $title={Table of Contents}

Drama SeOfis Eksklusif Di Tonton

Sinopsis Drama SeOfis

Drama SeOfis mengisahkan tentang kehidupan 3 gadis iaitu Sam, Aini dan Yana di pejabat yang mempunyai pelbagai watak dan karenah yang perlu dihadapi.

Samirah atau juga dikenali dengan Sam yang merupakan seorang pereka hiasan dalam. Sam memasang cita-cita untuk turut tersenarai dalam senarai Forbes 40 under 40.

Takdir telah menemukan dengan Aini iaitu seorang usahawan yang mempunyai perwatakan ceria yang baru sahaja memulakan perniagaan menjual perabot hasil kerja kayu bapanya sendiri.

Dalam masa yang sama, Aini turut memperkenalkan Yana kepada Sam. Yana ini adalah seorang ejen hartanah yang mempunyai visi tersendiri.

Setiap daripada mereka mempunyai watak yang tersendiri. Namun, Aini ialah seorang yang cepat terpengaruh. Personaliti Sam yang sangat lantang mula meresap dalam jiwa Aini. Terbit pula rasa curiga dalam hati Yana terhadap Sam.

Situasi menjadi lebih tegang apabila Sam yang amat bersemangat telah 'mencuri pelanggan Yana. Sam juga telah mendahului dengan membuat janji terhadap pelanggan Yana untuk menghias rumah barunya. Namun, hal ini telah mencetuskan masalah kepada AIni.

Walaupun timbul konflik, mereka telah menemui titik persamaan. Kemunculan Faris telah menyedarkan Yana dan Sam bahawa mereka sebenarnya boleh bersatu untuk menangani dugaan yang dibawa oleh jejaka itu.

Sepanjang perkenalan ketiga-tiga wanita berdaya saing tinggi ini, pelbagai isu yang perlu ditempuhi. Mampukan mereka bertahan bersama?

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama ini seperti Siti Saleha, Nadia Aqilah, Nadiya Nisaa, Fahrin Ahmad, Hafizul Kamal, Hafidzuddin Fazil, Josiah Hogan, Munir Kharuddin, Ikhwan Lein, Anas Ridzuan, Syahir Shafein, Akmal Azwar dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Siti Saleha sebagai Sam
  • Nadia Aqilah sebagai Yana
  • Nadiya Nisaa sebagai Aini
  • Fahrin Ahmad sebagai Faris
  • Syahir sebagai Norman
  • Anas Ridzuan sebagai Dato' Sufian
  • Josiah Hogan sebagai Arman

Produksi & Pengarah

Drama 12 episod ini merupakan arahan sutradara Faizul Jais, penghasilan skrip daripada Nadia Khan dan diterbitkan oleh produksi Parallax Pictures.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa saksikan drama siri Tonton Origina SeOfis yang akan mula ditayangkan pada 18 Januari 2024 menerusi platform Tonton di laman web atau aplikasi mobile

Info Penuh Drama

Episod : 12
Tayangan : Tonton
Bersiaran : Mulai 18 Januari 2024
Penulis Skrip : Nadia Khan
Pengarah : Faizul Jais
Produksi : Parallax Pictures

Post a Comment

0 Comments