Drama Rampas Cintaku 2 Di iQIYI

Drama Rampas Cintaku 2 Di iQIYI

Pembukan tirai 2024 ini, platform penstirman video iQIYI akan bawakan sebuah drama paling sensai Rampas Cintaku 2 yang akan bersiaran mulai 19 Januari 2024.

BACA : Drama Rampas Cintaku 2022 Musim Pertama

Kesinambungan musim kedua kali ini masih mengekalkan barisan pelakon sebelum ini tetapi kali ini pastinya tumpuan diberikan kepada dua primadona, Fasha Sandha dan Erra Fazira.

Bukan itu sahaja, dikatakan Rampas Cintaku bakal mencipta sejarah apabila ia bakal menjadi drama Melayu pertama yang ditayangkan di China.

{tocify} $title={Table of Contents}

Drama Rampas Cintaku 2 Di iQIYI

Sinopsis Drama Rampas Cintaku 2

Setahun melayari bahtera bahagia, kini hubungan Datin Safieya dan Rizal mulai goyah. Dato Jefri muncul semula untuk merampas hati Datin Safieya.

Namun, dengan adanya Rizal di sisi, Datin Safieya semakin kuat walaupun terpaksa menghadapi dugaan berumahtangga. Akan tetapi, kesabarannya diuji lagi apabila suami tercinta menyambung pengajian ke luar negara.

Tertekan dan tersepit tanpa cinta hati di sisi, Datin Safieya semakin bergelut dengan emosinya apabila mendapat tahu tentang rahsia gelap Rina.

Rina yang trauma dengan peristiwa tragis yang menimpa dirinya membuatkan Safieya merasa dirinya tidak berguna kerana tidak menjaga Rina.

Dengan secebis kekuatan yang ada, Safieya bangkit untuk memperbetulkan segalanya. Namun masa lalu telah kembali menghantuinya.

Drama Rampas Cintaku 2 Di iQIYI

Barisan Pelakon

Antara nama-nama pelakon yang membintangi drama terbaru ini seperti Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Puteri Balqis, Erra Fazira, Azrynn Min, Ady Mohammad, Lorenzo Irman, Zamarul Hisham, Keith Foo, Alya Iman, Ezaidi Aziz dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fasha Sandha sebagai Datin Safieya
  • Afieq Shazwan sebagai Rizal
  • Puteri Balqis sebagai Rina
  • Zarynn Min sebagai Mak Ngah
  • Ady Mohammad sebagai Ashraf
  • Lorenzo Irman sebagai Haris
  • Zamarul Hisham sebagai Tuan Jamaludin
  • Erra Fazira sebagai Dato’ Nasha
  • Keith Foo sebagai Hisyam
  • Alya Iman sebagai Dania
  • Ezaidi Aziz sebagai Nafis

Drama Rampas Cintaku 2 Di iQIYI

Produksi & Pengarah

Drama original bukan adaptasi ini merupakan arahan sutradara Ejump Mohd, penulisan skrip daripada Azzu Roslan dan diterbitkan oleh produksi MIG Production Sdn. Bhd.

Waktu Tayangan

Jadi peminat drama musim pertama sebelum ini, kena saksikan musim kedua Rampas Cintaku 2 yang akan mula ditayangkan pada 19 Januari 2024, setiap Jumaat dan Sabtu, pukul 9.00 malam eksklusif hanya di aplikasi iQIYI atau laman web www.iq.com

Info Penuh Drama

Episod : 12
Tayangan : iQIYI
Tarikh : Mulai 19 Januari 2024 (Jumaat - Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Azzu Roslan
Pengarah : Ejump Mohd
Produksi : MIG Production Sdn. Bhd.

Trailer

Post a Comment

0 Comments