Drama Pewaris Cinta Di Astro Ria

Drama Pewaris Cinta Di Astro Ria

Pewaris Cinta merupakan drama terbaru terbitan Astro yang akan bersiaran di slot Tiara bagi menggantikan drama Jangan Lupa Janji yang telah tamat pada 19 Januari yang lalu.

Lebih menarik dalam drama ini, penyanyi dan pelakon Fauziah Latiff bakal menjadi antara teraju utama sepanjang penceritaan sebagai Anita.

{tocify} $title={Table of Contents}

drama pewaris cinta

Sinopsis Drama Pewaris Cinta

Pewaris Cinta mengisahkan tentang Rosemira yang terdesak mencari cucu lelakinya untuk mewarisi empayar syarikat miliknya setelah mengetahui yang dia menghidap kanser tahap 4.

Dylea yang merupakan seorang gadis angkuh nekad untuk mencari pewaris Rosemira walaupun tidak mengetahui identiti lelaki tersebut.

Pencarian tersebut telah menemukan Dylea dengan Zaheem iaitu seorang pemuda kampung yang hidup sederhana bersama anak lelakinya, Iman.

Namun, pencarian itu telah membuka ruang dendam, amarah, ketamakan dan kerasukan Anita hingga menyingkap rahsia gelap keluarga Rosemira.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang ada dalam Pewaris Cinta seperti Rita Rudaini, Fezrul Khan, Kash Haiqal, Kartina Aziz, Fauziah Latiff, Jabir Meftah, Mas Anizan, Zamarul Hisyam, Mubarak Majid, Rosnah Johari, Bima Samudra, Purti Dellyna dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Rita Nadira sebagai Dylea
  • Fezrul Khan sebagai Zaheem
  • Fauziah Latiff sebagai Anita
  • Kartina Aziz sebagai Rosemaria
  • Kash Haiqal sebagai Iman
  • Jabir Meftah sebagai Dhani
  • Mas Anizan sebagai  Laila
  • Bima Samudra sebagai Farihin
  • Zamarul Hisham sebagai Zahiril
  • Mubarak Majid sebagai Adnan
  • Rosnah Johari sebagai Khadijah
  • Putri Dellyna sebagai Ivy

drama pewaris cinta

Produksi & Pengarah

Drama berepisod ini merupakan arahan Emi Suffian dan diterbitkan oleh produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

OST Drama

Tajuk Lagu: Mencintaimu
Artis : Fauziah Latiff
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Rozi Abdul Razak & Marr Mohamad

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan drama Pewaris Cinta mulai 22 Januari 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go.

Info Penuh Drama

Episod : 35
Tayangan : Slot Tiara di Astro Ria
Tarikh : Mulai 22 Januari 2024 (Isnin - Jumaat)
Masa : 6.00 Petang
Pengarah : Emi Sufian
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

drama pewaris cinta

Post a Comment

0 Comments