Drama Hawt Fellas Di TV3

Drama Hawt Fellas Di TV3

Selesai tayangan Kami Orang KL, TV3 bawakan sebuah lagi drama baru untuk tontonan ramai menerusi slot Lestary iaitu drama Hawt Fellas.

Sebuah drama 13 episod yang menampilkan pelakon-pelakon muda seperti Nabil Aqil, Raden Zaharatul, Atiq Azman dan ramai lagi.

{tocify} $title={Table of Contents}

Drama Hawt Fellas Di TV3

Sinopsis Drama Hawt Fellas

Drama Hawt Fellas mengisahkan suka duka sekumpulan remaja yang berhadapan dengan dilema dan cabaran hidup selepas SPM. Jatuh bangun bersama, adakah talian persahabatan akan kukuh selamanya?

Lee, Napron, Mat Don dan Floral masing-masing mempunyai impian yang ingin dicapai selepas menduduki peperiksaan SPM. Mereka belajar di sekolah menengah yang sama. Lee dan Napron belajar dalam aliran Sains manakala Mat Don dan Flora di aliran Sastera.

Lee merupakan pelajar cemerlang dan menjadi harapan sekolah dan keluarga tetapi dia tertekan dengan sikap keluarganya yang terlalu meletakkan harapan tinggi tanpa memikirkan minat dan kehendaknya.

Lee minat seni tetapi dia terpaksa masuk aliran Sains atas desakan keluarga yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Lee berkemahiran bermain gitar dan melukis, dia menjadikan muzik dan melukis sebagai tempat menenangkan fikiran.

Napron memilih aliran Sains untuk membuktikan yang dia bijak dan hebat. Dia menjadi mangsa kepada ayahnya yang merupakan penagih dadah. Napron sering dituduh kerana imej 'rock underground'. Mat Don seorang anak yatim piatu membesar di bawah jagaan bapa saudara. Mat Don mengalami OCD tanpa dia sedar.

Flora pula nampak agak nakal kerana mempunyai masalah keluarga. Flora menganggap Lee sebagai "crush" dan sering meminta bantuan daripada Lee untuk menghasilkan lukisan yang baik di luar waktu sekolah. Napron yang menaruh perasaan dengan Flora rasa cemburu dan sering mencari gaduh dengan Lee.

Selepas pengumuman keputusan SPM, Lee menghilangkan diri kerana kecundang dalam SPM. Floral dan Mat Don menganggap Lee telah melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti yang diinginkan oleh ibu bapanya. Lee malu dan terpaksa berbohong. Dalam diam, dia mengatur rancangan untuk mengambil SPM ulangan.

Di tempat yang lain, terdapat seorang pelajar lepasan SPM yang juga inginkan kebebasan hidup. Indah  Tisya Ong tidak ingin hidupnya dikongkong oleh keluarga

Dia telah menolak tawaran kemasukan Universiti Pendidikan kerana tidak mahu menjadi cikgu agama seperti yang dikehendaki oleh ibu bapanya. Sebaliknya, minat Indah lebih cenderung kepada berlakon.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Mampukah Lee, Napron, Mat Don, Flora dan Indah mencapai cita-cita masing-masing? Bagaimanakah mereka berhadapan dengan dugaan dan pilihan hidup yang perlu dibuat? Adakah isi hati mereka akan didengari dan difahami oleh keluarga mereka? 

Barisan Pelakon

Antara nama-nama yang terlibat dalam drama Hawt Fellas seperti Nabil Aqil, Idan Aedan, Atiq Azman, Raden Zaharatul, Tisya Ong, Azhar Sulaiman, Zaidi Omar, Khaled, Izzul Faiq, Abdul Rahman, Nazim Othman, Zazly Baginda, Talha Harith, Amy Nur Tinie, Anne Abdullah dan ramai lagi.

Drama Hawt Fellas Di TV3

Watak Lakonan

  • Nabil Aqil sebagai Lee
  • Idan Aedan sebagai Napron
  • Atiq Azman sebagai Mat Don
  • Raden Zaharatul sebagai Flora
  • Tisya Ong sebagai Indah
  • Azhar Sulaiman sebagai Nasir
  • Zaidi Omar sebagai Ramlee
  • Khaled sebagai Jacko
  • Izzul Faiq sebagai Burn
  • Abdul Rahman sebagai Zul
  • Nazim Othman sebagai Abang Lee
  • Zazly Baginda sebagai Kasim
  • Talha Harith sebagai Pakcik Mat Don

Pengarah & Produksi

Drama ini merupakan arahan Eoon Shuhaini, penulisan skrip daripada PGRs Team bersama Lee Chonz dan diterbitkan oleh produksi Country & Universal Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Drama Budak Fellas yang ditayangkan sebanyak 13 episod ini bersiaran mulai 4 Januari 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3.

Bagi yang terlepas untuk menonton di tv, anda boleh saksikan secara striming menerusi platform Tonton. Boleh langgan dan saksikan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.

Info Penuh Drama

Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3 & Tonton
Bersiaran : Mulai 4 Januari 2024 (Khamis - Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : PGRs Team, Lee Chonz
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

Drama Hawt Fellas Di TV3

Post a Comment

0 Comments