Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah Di TV3 & iQIYI

Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah Di TV3 & iQIYI

Selesai tayangan ILYS (I Love You Stupid), TV3 akan bawakan sebuah drama adaptasi novel terbaru berjudul 'Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah' iaitu bermula 9 Januari 2024.

Drama 28 episod ini diadaptasi daripada novel 'Aku Cinta Dia' karya Sharifah Abu Saleh terbitan Alaf 21 dan kini akan dibawakan ke kaca tv yang akan disiarkan menerusi slot Akasia.

{tocify} $title={Table of Contents}

Drama Cinta Bersemi Di Wadi Saffiyah Di TV3

Sinopsis Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah mengisahkan tentang Dania, seorang gadis bandar yang suka berpeleseran sehingga mengandung anak luar nikah.

Akibatnya, Datuk Safuan iaitu bapa Dania mahukan dia menggugurkan kandungan tersebut, namun Datin Kay iaitu ibunya tidak mahu menanggung dosa lalu menghantar anaknya ke Pusat Perlindungan Wadi Safiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.

Sepanjang tinggal di Wadi Safiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada Allah. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir. 

Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga pengajar di Wadi Saffiyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari, dia menerima hadiah pemain MP3 dan al-Quran kecil daripada lelaki itu.

Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai Allah dan Rasul-nya terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Rita Nadira, Aniq Suhair, Aidit Noh, Zamarul Hisham, Mas Anizan, Ezany Nizariff, Azza Elite, Serene Claire, Nafiez Zaidi, Lydiawati, Zulkifli Ismail, Iman Aneesa, Natasha Azizan, Putri Dellyna, Ikhram Juhari, Mosen Nadzli dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Rita Nadira sebagai Dania
  • Aniq Suhair sebagai Iqbal
  • Aidit Noh sebagai Qabil
  • Zamarul Hisham sebagai Datuk Safuan
  • Mas Anizan sebagai Datin Kayra
  • Ezany Nizariff sebagai Hussin
  • Azza Elite sebagai Hajah Maryam
  • Serene Claire sebagai Julia
  • Nafiez Zaidi sebagai Ustaz Affan
  • Lydiawati sebagai Hajah Syafiyyah
  • Zulkifli Ismail sebagai Haji Mukri
  • Iman Aneesa sebagai Umairah
  • Natasha Azizan sebagai Sheera
  • Putri Dellyna sebagai Nora
  • Ikhram Juhari sebagai Bakri
  • Mosen Nadzli sebagai Ustaz Syaqir

Drama Cinta Bersemi Di Wadi Saffiyah Di TV3

Produksi & Pengarah

Drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli, penulisan skrip daripada penulis novel sendiri, Sharifah Abu Salem dan diterbitkan oleh produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa saksikan drama 28 episod Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah mulai 9 Januari 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3 dan di online Tonton.

Selain itu, anda juga boleh saksikan drama ini secara striming menerusi platform iQIYI sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Boleh tonton sejurus selepas habis tayangan di tv, jam 8.00 malam untuk pengguna VIP dan 48 jam selepasnya dengan secara percuma.

Drama Cinta Bersemi Di Wadi Saffiyah Di iQIYI

Info Penuh Drama

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia TV3 & iQIYI
Tarikh : 9 Januari 2023 (Isnin - Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Sharifah Abu Salem
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Drama Cinta Bersemi Di Wadi Saffiyah Di TV3

Post a Comment

0 Comments