Telemovie Mania (TV2)

Telemovie Mania (TV2)

RTM bawakan kembali telefilem Mania yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 yang lepas untuk tontonan ramai yang berada di rumah.

Telefilem yang bakal menampilkan pelakon seperti Shiqin Kamal dan Wanns Ahmad ini akan bersiaran pada hari Selasa ini iaitu 5 Disember 2023

{tocify} $title={Table of Contents}

Telemovie Mania (TV2)

Sinopsis Telefilem Mania

Telefilem Mania mengisahkan tentang tentang Adib iaitu seorang pelajar kolej yang sedang mencari seseorang untuk jatuh cinta. Akhirnya Adib jatuh cinta dengan Erin iaitu seorang janda yang dikenalinya di media sosial selepas mereka semakin rapat.

Pada awal pertemuan, Erin agak keberatan untuk meneruskan hubungan kerana jarak perbezaan umur dan darjat keluarga yang berbeza. Namun, Adib tetap bertegas untuk meneruskan hubungan kerana amat mencintai Erin walau apa pun dugaan yang mendatang.

Adib bagaimanapun tidak mengetahui hubungannya dengan erin bakal merubah hidupnya secara total. Apakah mania? Siapakah yang mania? Apakah benar bagai dikata cinta mampu mendorong seseorang menjadi gila.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Mania seperti Wanns Ahmad, Shiqin Kamal, Hairie Othman, Azeela Shadan, Dazrin Kamarudin, Fimie Don dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Wanns Ahmad sebagai Adib
  • Shiqin Kamal sebagai Erin
  • Hairie Othman sebagai Idris
  • Aleza Shadan sebagai Norma
  • Dazrin Kamarudin sebagai Fakhri
  • Fimie Don sebagai Casey

Produksi & Pengarah

Naskah terbitan syarikat produksi Multinet Aim Sdn. Bhd. ini merupakan arahan Along Kamaludin dan penulisan skrip oleh Irwan Mansor.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Mania pada 5 Disember 2023, hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Info Telemovie

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 5 Disember 2023 (Selasa)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Irwan Mansor
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : Multinet Aim Sdn. Bhd.

Post a Comment

0 Comments