Telefilem Waktu Khalil Di TV3

Telefilem Waktu Khalil Di TV3

Bagaimana agaknya apabila seorang ibu yang bertanggungjawab kepada anaknya tetapi sibuk dengan kehidupan dunia dan media sosial sehingga mengabaikan keluarganya sendiri.

Anda boleh saksikan kisah ini menerusi telefilem Waktu Khalil yang akan menemui penonton semula menerusi slot Cereka Pilihan pada hujung minggu ini.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Waktu Khalil Di TV3

Sinopsis Telefilem Waktu Khalil

Telefilem Waktu Khalil mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Wan dan Atie yang taasub terhadap media sosial dan kerja seharian sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada dua anaknya, Khalil dan Kayla.

Sejak majlis reunion sekolahnya, Atie sentiasa dengan telefon pintarnya. Manakala suaminya, Wan pula sibuk dengan urusan perniagaan sehingga kasih sayang yang sepatutnya terjalil antara anaknya turut tidak diendahkan.

Satu hari, Khalil dilanggar lari ketika dalam perjalanan ke rumah kawan baiknya, Niko. Gambar kemalangan dimuat naik di media sosial dan menjadi tular. Berita itu diketahui Wan dan Atie selepas melihat gambar terbabit di media sosial mereka.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie Waktu Khalil ini seperti Kamal Adli, Puteri Aishah, Aprena Manrose, Danish Hazriq, Tengku Zara, Azza Elite, Feiyna Tajudin, Ferth Jasni, Atok Mid, Aliff Aiman dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Puteri Aishah sebagai Atie
  • Kamal Adli sebagai Wan
  • Danish Hazriq sebagai Khalil
  • Tengku Zara sebagai Kayla

Telefilem Waktu Khalil Di TV3

Produksi & Pengarah

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Shuhaimi Lua, penulisan skrip daripada Sofia J Rhyland dan diterbitkan oleh produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Waktu Khalil yang akan menemui penonton semula pada 23 Disember 2023, hari Sabtu menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 23 Disember 2023 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Telefilem Waktu Khalil Di TV3

Post a Comment

0 Comments