Telefilem Takkan Terlerai Di TV1

Telefilem Takkan Terlerai Di TV1

Menerusi slot Panggung RTM pada minggu ini, RTM bawakan sebuah telefilem berjudul Takkan Terlerai yang mengisahkan tentang seseorang yang dilahirkan sebagai OKU tetapi mempunyai impian dan cita-cita dalam kehidupana.

Telefilem ini akan menemui penonton pada 2 Disember 2023, hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi saluran RTM di TV1. Selain itu, bagi penonton yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan di tv, boleh tonton secara striming di rtmklik.rtm.gov.my.

Naskah yang menampilkan lakonan daripada Zahiril Adzim dan Amin Haridz sebagai teraju utama ini merupakan arahan Isma Yusoof, penulisan skrip daripada Shaza Talib & Asyraf Talib dan diterbitkan oleh syarikat produksi Kembar Sufi Sdn. Bhd.

{tocify} $title={Table of Contents}

Info Telemovie

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 2 Disember 2023 (Sabtu)
Idea Asal : Shaza Talib & Asyraf Talib
Penulis Skrip : Shaza Talib & Asyraf Talib
Masa : 10.00 malam
Pengarah : Isma Yusoof
Produksi : Fathia Haridz Empire Sdn. Bhd.

Telefilem Takkan Terlerai Di TV1

Barisan Pelakon

Selain daripada Zahiril Adzim, terdapat juga penampilkan pelakon seperti Amin Haridz, Sharifah Sofea, Susila Devi, Steve Yap dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zahiril Adzim sebagai Afiq
  • Amin Haridz sebagai Irfan
  • Sharifah Sofea sebagai Aira

Sinopsis Telefilem Takkan Terlerai

Telefilem Takkan Terlerai mengisahkan pengorbanan seorang abang iaitu Afiq yang menjaga adik istimewa, Irfan yang pekak dan bisu setelah kematian ibu bapa mereka. Irfan dan Afiq berkomunikasi berdua dan orang keliling dengan menggunakan Bahasa Isyarat.

Afiq bekerja di kafe dan membuat kerja sambilan melukis serta menjual lukisan bagi menyara kehidupan mereka berdua. Irfan bercita-cita untuk menjadi olahragawan terkenal dan meminati sukan badminton.

Afiq duduk menyewa di sebelah rumah mak cik berbangsa India yang selalu mengambil berat tentang Afiq dan Irfan. Afiq telah berkenalan secara tidak sengaja yang mencari pelukis mural. Aira juga banyak membantu Afiq dalam mengembangkan bakat seni lukisnya.

Di samping meneruskan tanggungjawabnya sebagai seorang abang dan pada masa sama mahu mengejar cita-citanya sebagai pelukis, mampukah Afiq mengharungi dugaan tersebut?

Telefilem Takkan Terlerai Di TV1

Post a Comment

0 Comments