Telefilem Mendung Berlalu Di TV1

Telefilem Mendung Berlalu Di TV1

RTM bawakan kembali telefilem Mendung Berlalu yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 dan kini akan menemui penonton semula menerusi slot Panggung RTM.

Telefilem yang menampilkan barisan pelakon seperti Dato' Fizz Fairuz, Yana Samsudin dan Kartina Aziz ini akan bersiaran pada 30 Disember 2023.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Mendung Berlalu Di TV1

Sinopsis Telefilem Mendung Berlalu

Telefilem Mendung Berlalu mengisahkan tentang perhubungan ibu dan anak. Budi bertanggungjawab menjaga ibunya, Rahmah

Satu hari Rahmah mengikut anaknya Budi tinggal di Kuala Lumpur. Isteri Budi, Dira sibuk dengan perniagaan dalam taliannya. Rahmah bosan kerana tiada aktiviti dan mahu pulang ke kampung tapi tidak di izinkan Budi.

Dalam masa yang sama berlaku konflik dalam keluarga tersebut. Bagaimana agaknya perhubungan anak menantu dengan ibunya nanti?

Barisan Pelakon

Antara nama-nama yang terlibat dalam telemovie ini seperti Dato' Fizz Fairuz, Yana Samsudin, Kartina Aziz, Rafique Iskandar, Jalil Hamid, Aloeng Silalahi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Dato' Fizz Fairuz sebagai Budi
  • Yana Samsudin sebagai Dira
  • Kartina Aziz sebagai Rahmah

Telefilem Mendung Berlalu Di TV1

Produksi & Pengarah

Naskah tahun 2022 ini merupakan arahan Hafiz Raslin, penulisan skrip daripada Farah Izzati dan diterbitkan oleh produksi The R&D Studio.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telemovie Mendung Berlalu pada 30 Disember 2023, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 30 Disember 2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Farah Izzati
Pengarah : Hafiz Raslin
Produksi : The R&D Studio

Post a Comment

0 Comments