Telefilem Latah Fighter Di Astro Warna

Telefilem Latah Fighter Di Astro Warna

Pasangan sejoli Fattah Amin dan Fazura pertama kali menerbitkan sebuah telefilem iaitu Latah Fighter menerusi produksi sendiri Fazura Pictures.

Dalam telefilem ini juga, Fattah Amin akan memegang watak utama disamping pelakon-pelakon lain seperti Kamarool Haji Yusoff, Fikry Ibrahim dan ramai lagi.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Latah Fighter Di Astro Warna

Sinopsis Telefilem Latah Fighter

Telefilem Latah Fighter mengisahkan tentang seorang lagenda silat tempatan, Pak Ishak yang ingin melatih sekurang-kurangnya seorang juara silat.

Akan tetapi harapannya kian pudar dan hampir berputus asa setelah setiap pelajarnya berhenti seorang demi seorang.

Tapi kemudian dia menaruh harapan kembali apabila bertemu dengan anak muda yang berpotensi, namum mempunyai penyakit latah.

Bolehkah Pak Ishak melatih anak muridnya yang latah untuk menjadi juara silat sebelum dia bersara? Sama-sama kita nantikan.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie Latah Fighter seperti Fattah Amin, Kamarool Haji Yusoff, Mak Wan Latah, Sanjna Suri, Amir Raja Lawak, Fikry Ibrahim, Amerul Affendi, Al Jufferi Jamari dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fattah Amin sebagai Dani
  • Kamarool Hj Yusoff sebagai Pak Ishak

Telefilem Latah Fighter Di Astro Warna

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan arahan Bahri Uma dan diterbitkan oleh produksi Fazura Pictures Sdn. Bhd.

Watak Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Latah Fighter pada 30 Disember 2023, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Filem Sabtu di Astro Warna 107 dan Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh strim secara online pada jam 11.00 malam di platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan pas 24-jam dengan harga RM12.90 sahaja.

Info Penuh Telemovie

Bersiaran : Astro Warna 107
Tarikh : 30 Disember 2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Bahri Uma
Produksi : Fazura Pictures Sdn. Bhd.

Telefilem Latah Fighter Di Astro Warna

Post a Comment

0 Comments