Telefilem Lagu Untuk Suri TV3

Telefilem Lagu Untuk Suri TV3

Pada tahun 2020 yang lalu, sempena Anugerah Juara Lagu 34 (AJL), TV3 bawakan beberapa telemovie khas dan antaranya adalah 'Lagu Untuk Suri'.

Jadi telefilem ini akan menemui penonton sekali lagi pada hujung minggu menerusi slot Cereka Pilihan dengan menampilkan gandingan Naim Daniel, Sissy Iman dan Sweet Qismina.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Lagu Untuk Suri TV3

Sinopsis Telefilem Lagu Untuk Suri

Telefilem Lagu Untuk Suri mengisahkan tentang konflik cinta tiga segi antara dua adik beradik, Suri dan Sara dengan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik iaitu Johan Abhar.

Suri mendapati Sara sering ponteng sekolah dan tidak mahu belajar. Sara anak bongsu yang selalu dipersalahkan oleh keluarga kerana pelajarannya yang merosot dan tidak minat belajar manakala Suri pula seorang anak yang bijak dan sentiasa dipuji.

Oleh kerana hubungan dua adik beradik ini tidak begitu akrab, mereka selalu berselisihan faham.

Sara ialah peminat setia kepada Johan Abhar yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi yang terkenal.

Namun, cita-cita Johan dilarang oleh ayahnya yang mengandaikan ia hanyalah angan-angan kosong. Abhar tidak yakin dengan kehebatan anaknya dan sering memperlekehkan bakat Johan.

Suri mendapati Sara lebih gemarkan muzik dan taksub kepda Johan yang menyebabkan Sara tidak minat belajar. Suri ingin menyiasat apa yang sebenarnya Sara lakukan, sehinggalah Suri bertemu dengan Johan.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Naim Daniel, Sissy Iman, Sweet Qismina, Aida Aris, Aman Graseka, Iskandar Norzaman, Jesse Lim dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Naim Daniel sebagai Johan
  • Sissy Iman sebagai Suri
  • Sweet Qismina sebagai Sara
  • Aida Aris sebagai Syafa
  • Aman Graseka sebagai Abhar

Produksi & Pengarah

Naskah tahun 2020 ini merupakan arahan Isqandar Jebat yang juga merupakan penulis skrip dan ianya diterbitkan oleh syarikat produksi Primeworks Studios

Waktu Siaran

Telefilem Lagu Untuk Suri bakal menemui penonton semula pada 9 Disember 2023, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 dan online Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 9 Disember 2023 (Sabtu)
Waktu : 2.00 Petang
Idea Asal : Ayu Amirrol
Penulis Skrip : Isqandar Jebat
Pengarah : Isqandar Jebat
Produksi : Primworks Studios

Post a Comment

0 Comments