Telefilem Isteriku, Cikguku Di TV9

Telefilem Isteriku, Cikguku Di TV9

Malam Jumaat anda pada minggu ini akan disajikan dengan sebuah telefilem yang diulang siar untuk semua penonton iaitu telefilem Isteriku, Cikguku.

Sebuah naskah yang pernah ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan antara penampilan awal oleh pelakon seperti Izara Aishah dan Syafiq Kyle sebelum mereka popular seperti sekarang.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Isteriku, Cikguku Di TV9

Sinopsis Telefilem Isteriku, Cikguku

Cikgu Maria gembira setelah mendapat tahu bahawa dia akan menjadi seorang cikgu di sebuah sekolah menengah, tetapi selepas memasuki sekolah tersebut, segalanya berlainan dengan harapannya.

Disekolah pelajar-pelajar begitu nakal dan sering mengikut kata Azlan, pelajar paling nakal di sekolah. Demi masa depan anak didiknya, Maria cuba membantu terutama Azlan yang tidak mengindahkan pelajarannya.

Cikgu Maria mencadangkan kepada ibu bapa Azlan supaya Azlan menjalani kem motivasi. Semasa kem motivasi berlaku tragedi mengakibatkan Azlan dimasukkan ke hospital. Sejak berada disana Cikgu Maria selalu datang menemani Azlan.

Azlan mula jatuh hati kepada cikgu Maria dan meluahkan perasaaan itu. Walaubagaimanapun Cikgu Maria enggan dan mencabar Azlan supaya cemerlang dalam SPM jika benar menyayanginya.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Isteriku, Cikguku ini seperti Syafiq Kyle, Izara Aishah, Faralyana Idris, Arash Mohd, Fazlina Dato' Ahmad Daud, Sabhi Saddi, Lan Siro, Syazuwan Hassan, Sidah Ali, Fauzan Ghazali dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Syafiq Kyle sebagai Azlan
  • Izara Aishah sebagai Maria
  • Faralyana Idris sebagai Diana
  • Arash Mohd sebagai Dato' Darus
  • Fazlina Dato' Ahmad Daud sebagai Datin Sarah
  • Sabhi Saddi sebagai Nazir
  • Lan Siro sebagai Fasi

Telefilem Isteriku, Cikguku Di TV9

Pengarah & Produksi

Telemovie Isteriku, Cikguku merupakan arahan Along Kamaludin, penulisan skrip bersama daripada Azlina Din dan Azni Ishak dan diterbitkan oleh produksi A. Aida Productions Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Isteriku, Cikguku yang akan menemui penonton semula pada 22 Disember 2023, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Info Penuh Telefilem

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 22 Disember 2023 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Skrip : Azlina Din dan Azni Ishak
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : A. Aida Productions Sdn. Bhd.

Post a Comment

0 Comments