Telefilem Insan Terpilih Di TV3 (Cerekarama)

Telefilem Insan Terpilih Di TV3 (Cerekarama)

Naskah ini pernah diperkatakan oleh ramai orang ketika tayangan asalnya pada tahun 2019 lalu yang mana ianya merupakan sebuah kisah benar.

Kali ini, TV3 bawakan kembali telefilem Insan Terpilih untuk tontonan ramai menerusi slot Cerekarama pada hari Sabtu ini.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Insan Terpilih Di TV3

Sinopsis Telefilem Insan Terpilih

Telefilem Insan Terpilih mengisahkan tentang hidup Firdaus tidak terurus seperti orang lain. Setiap hari dia akan mengeliling kampung mengutip sampah dan mencuci surau malah akan mengutip najis cicak yang berselerak di dalam surau dengan menggunakan tangannya.

Katanya, jika dia mengguna penyapu, pahala akan menjadi sedikit.

Ustaz Zaki sangat kagum dengan Firdaus walaupun dia begitu tetapi dia rajin mencari pahala dan tidak mengambil kesempatan atas orang lain. Dalam keadaannya sedemikian, ada segelintir anak-anak kampung menggelarnya "Firdaus Gila".

Malah Firdaus juga sering diganggu oleh Leman, pemuda kampung yang nakal dan menggelarkan Firdaus "busuk". Suatu hari, Ustaz Zaki dan orang kampung tertanya-tanya mana kelibat Firdaus kerana sudah seharian tidak datang ke surau.

Berita yang diterima kemudiannya membuatkan semua orang tersentak dan moga kehadiran insan istimewa seperti Firdaus menjadi satu pedoman untuk semua.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Syazwan Zulkifly, Fathil Dani, Jay Iswazir, Liza Othman, Zara Zya, Jeff Hassan, Syrim, Mohd Nasser dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Syazwan Zulkifly sebagai Fidaus
  • Fathil Dani sebagai Ustaz Zaki
  • Jay Iswazir sebagai Leman
  • Liza Othman sebagai Isteri
  • Zara Zya sebagai Mastura

Telefilem Insan Terpilih Di TV3

Produksi & Pengarah

Telefilem yang diinspirasikan daripada kisah benar ini merupakan arahan Nazir Jamaluddin, penulisan skrip daripada Yati Chong dan diterbitkan oleh produksi Aniq Communication.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan kembali telemovie Insan Terpilih pada 30 Disember 2023, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama TV3 dan boleh juga strim secara online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 30 Disember 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Yati Chong
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : Aniq Communication

Post a Comment

0 Comments