Telefilem Geng Basikal (TV1) RTM

Telefilem Geng Basikal (TV1) RTM

Hujung minggu yang juga cuti sekolah ini, anda akan disajikan lagi dengan sebuah telemovie yang berkisarkan tema kekeluargaan dan persahabatan berjudul 'Geng Basikal'.

Telefilem ini membawakan ramai pelakon anak-anak seperti Nik Adam Mika yang menjadi antara teraju utama disamping Hadi Putra, Iskandar Zulkarnain dan ramai lagi.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Geng Basikal (TV1) RTM

Sinopsis Telefilem Geng Basikal

Telefilem Geng Basikal mengisahkan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak yang bermula dari zaman persekolahan hingga dewas iaitu antara Razlan, Roy, Remy, Kuzie dan Lim.

Atas urusan kerja ke luar negara, ibu bapa kepada Razlan telah membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke kampung untuk sementra bersama atuk dan neneknya.

Maka bermula dari situlah, Razlan menjadi budak kampung dan mengenali kawan-kawan baru dan merasakan sangat seronok berada bersama atuknya.

Razlan melakukan banyak aktiviti bersama kawan-kawannya seperti bermain basikal, memancing, bermain bola dan sebagainya sehinggalah tercetus geng basikal.

Namun kegembiraan tersebut tidak kekal lama apabila Razlan perlu mengikut ibu dan ayahnya berpindah ke London. Disebabkan itu, dia dalam dilema untuk meninggalkan kampung dan kawan-kawanya.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Geng Basikal ialah Nik Adam Mika, Aman Graseka, Olan Lam, Ily Mokhtar, Rosedah Amsar, Hadi Putra, Iskandar Zulkarnain, Redzwan Adha dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nik Adam Mika sebagai Razlan
  • Hadi Putra sebagai Roy
  • Iskandar Zulkarnain sebagia Farouk
  • Aman Graseka sebagai Atok

Produksi & Pengarah

Naskah ini merupakan arahan Emdy Idris, penulisan skrip daripada Khairul Kiasan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Keris Film Sdn. Bhd.

Waktu Siaran

Jadi jangan lupa saksikan telefilem Geng Basikal yang akan menemui penonton pada 9 Disember 2023, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 9 Disember 2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Emdy Idris
Produksi : Keris Film Sdn. Bhd.

Telefilem Geng Basikal (TV1) RTM

Post a Comment

0 Comments