Telefilem Dont Wish Me Merry Christmas Di TV2

Telefilem Dont Wish Me Merry Christmas Di TV2

Sempena cuti dan perayaan Hari Natal pada 25 Disember ini, RTM melalui Unit Drama RTM membawakan Dont Wish Me Merry Christmas iaitu telefilem khas untuk tontonan sekeluarga.

Jadi bagi yang masih bercuti bersama keluarga, anda boleh saksikan telefilem ini yang akan ditayangkan pada hari Isnin ini.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Dont Wish Me Merry Christmas Di TV2

Sinopsis Telefilem Dont Wish Me Merry Christmas

Telefilem Dont Wish Me Merry Christmas Stanley merupakan seorang pegawai bank yang tidak suka dengan sambutan Hari Natal.

Menurut beliau, sambutan Hari Natal adalah hari malang yang mana beliau sendiri pernah mengalami insiden dan peristiwa buruk pada beberapa Hari Natal yang lepas.

Keadaan ini berbeza dengan David, rakan karib Stanley. David sangat teruja untuk menyambut Hari Natal dan sentiasa cuba untuk mempengaruhi Stanley menukar pandangan pesimistiknya terhadap Hari Natal.

David mengambil keputusan untuk membuat pertaruhan dengan Stanley di mana jika Stanley mengucapkan ucapan Hari Natal kepada sesiapa maka Stanley perlu belanja David makan. Stanley bersetuju dan David memberitahu isterinya, Natalie tentang rancangannya.

David melaksanakan beberapa rancangannya supaya Stanley menyukai Hari Natal tetapi tidak berjaya. Berlakulah pertengkaran di antara mereka sehingga menyebabkan David jatuh pengsan dan terpaksa dihantar ke hospital. David disahkan menghidap penyakit kanser perut dan tidak mempunyai masa yang lama.

Dalam masa yang sama, Stanley dapat tahu bahawa David mengambil hutang baru dan keadaannya yang sakit boleh menimbulkan risiko untuk kafe milik David disita.

Selain itu, mereka juga dapat tahu bahawa Natalie kini sudah mengandung. Perkara ini menyebabkan Stanley lebih percaya bahawa Hari Natal ini membawa malang bertimpa-timpa dan tidak patut disambut.

Stanley mengambil keputusan untuk menyelamatkan kafe David dan secara tak langsung memberitahu David tentang rahsia yang disimpan lama. Stanley tidak suka pada sambutan Hari Natal adalah kerana dia kehilangan ibunya pada Hari Natal ketika Stanley sedang berpesta di tempat lain.

David cuba memujuk Stanley tetapi Stanley membawa diri. Ketika Stanley diserang panik melampau, pekerja David, Mrs Chan menemui Stanley dan cuba untuk menenangkan Stanley.

Namun adakah percubaannya berjaya untuk mengubah pendirian Stanley?

Senarai Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telemovie Dont Wish Me Merry Christmas seperti Fabian Loo, Theebaan G, Elivina Chua, Dennis Hew Wooi Seong, Tham Choi Kuen, Nasir Asri, Kitty See, Chew SHer Lyn dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fabian Loo sebagia Stanley
  • Theebaan G sebagai David
  • Elivina Chua sebagai Natalie

Produksi & Pengarah

Naskah ini merupakan arahan Muhamad Ikhsan Sukiman, penulisan skrip daripada Juen Tan dan diterbitkan oleh Unit Drama TV RTM sendiri.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Don't Wish Me Merry Christmas yang akan menemui penonton pada 25 Disember 2023, hari Isnin, pukul 8.00 malam di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : TV2
Tarikh : 25 Disember 2023 (Isnin)
Masa : 8.00 Malam
Penulis Skrip : June Tan
Pengarah : Muhammad Ikhsan Sukiman
Produksi : Unit Drama TV RTM

Post a Comment

0 Comments