Telefilem Cikgu Pencen Di TV2

Telefilem Cikgu Pencen Di TV2

Petang jumaat anda akan disajikan kembali semua naskah komedi yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 yang lalu dan kini dipertontonkan kembali iaitu telefilem Cikgu Pencen.

Telefilem yang mengisahkan tentang seorang pesara cikgu berstatus duda yang terfikir untuk kembali mencari jodoh dan mendidikan rumah tangga semula.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Cikgu Pencen Di TV2

Sinopsis Telefilem Cikgu Pencen

Telefilem Cikgu Pencen mengisahkan tentang Cikgu Razali yang merupakan seorang pesara guru. Dia yang telah lama menduda kini banyak menghabiskan masa beribadat di surau yang terletak berhampiran rumahnya. 

Kisah berubah setelah Cikgu Razali bertemu dengan gadis cantik bernama Fatihah di kampungnya. Ketika itu Fatihah secara kebetulan datang meminta bantuan daripada Cikgu Razali untuk menukarkan tayar keretanya yang pancit di hadapan surau.

Sejak kejadian itu, hubungan Cikgu Razali dan Fatihah menjadi semakin rapat setelah Fatihah berterus-terang menyatakan dia tidak memilih dalam mencari calon suami. Ini ditambah pula Fatihah tidak dimaklumkan yang Aiman, teman lelaki Fatihah yang sebenarnya sudah pun berkahwin. 

Cikgu Razali memulakan langkah pertama dengan meminta bantuan anaknya, Aizat bersama menantunya, Aisyah, untuk ke rumah Cikgu Sabariah, ibu Fatihah bagi menyatakan hasrat meminang gadis pujaannya itu.

Malangnya, Cikgu Sabariah menolak pinangan tersebut kerana perbezaan usia antara Fatihah dan Cikgu Razali yang amat jauh. Boleh diumpamakan bagai ayah dengan anak. Situasi itu membuatkan Cikgu Razali dan Fatihah sama-sama kecewa. 

Namun sebaliknya berlaku, memandangkan Fatihah akan pulang ke Kuala Lumpur, Fatihah bimbang akan ibunya tinggal keseorangan. Sakit pening ibunya perlukan seseorang untuk sentiasa berada di sisi menjaga. 

Ketika itu secara spontan terlintas di fikiran Fatihah dan adiknya, Fatimah, mencadangkan untuk menyatukan ibunya dengan Cikgu Razali. Fatihah juga ketika itu sudah redha dirinya bukanlah jodoh yang sesuai dengan Cikgu Razali. 

Akhirnya, dengan bantuan Aizat dan Aisyah, Cikgu Razali bersetuju untuk berkahwin dengan Cikgu Sabariah. Namun adakah Cikgu Sabariah bersedia menerima Cikgu Razali sebagai suaminya? Apakah kesudahan cerita ini?

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Ridzuan Hashim, Bella Dally, Rosnah Johari, Siti Fazurina, Fara Hazel, Ziema Din, Qazem Nor, Kay Khydir, Abdullah Ismail dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ridzuan Hashim sebagai Cikgu Razali
  • Bella Dally sebagai Fatihah
  • Rosnah Johari sebagai Hajah Sabariah
  • Ziema Din sebagai Khaty
  • Qazem Nor sebagai Aizat
  • Siti Fazurina sebagai Aisyah
  • Farah Hezel sebagai Fatimah
  • Kay Khydir sebagai Aiman

Produksi & Pengarah

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Brandbox Sdn. Bhd., arahan Abd Latif Ismail dan penulisan skrip daripada Sapyn Qiampaijan.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Cikgu Pencen yang akan menemui penonton semula pada 29 Disember 2023, hari Jumaat, pukul 3.00 petang menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 29 Disember 2023 (Jumaat)
Masa : 3.00 Petang
Penulis Skrip : Sapyn Qiampaijan
Pengarah : Abd Latif Ismail
Produksi : Brandbox Sdn. Bhd.

Telefilem Cikgu Pencen Di TV2

Post a Comment

0 Comments