Telefilem Ambon Di TV1

Telefilem Ambon Di TV1

Sempena cuti sekolah ini, RTM bawakan kembali telefilem Ambon yang akan menemui penonton pada 23 Disember 2023 menerusi slot Panggung RTM.

Sebuah telefilem yang mengisahkan bagaimana anak-anak bandar menghabiskan cuti sekolah dengan melawatk nenek dan datuk dan melakukan aktiviti-aktiviti di kampung seperti mandi sungai.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Ambon Di TV1

Sinopsis Telefilem Ambon

Telefilem Ambon mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Ambon, berumur 10 tahun bersekolah di bandar menghabiskan cuti sekolah di kampung neneknya. Pada masa yang sama, sepupunya Nadia yang juga bersekolah di bandar datang bercuti di kampung neneknya.

Nadia seorang budak yang kurang berkawan, suka bermain bersendirian dan gemar menggunakan gajet-gajet komputer. Manakala, Ambon pula mempunyai pengetahuan tentang komputer tetapi gemar berkawan dan bersosial. Ambon seorang budak yang sangat peramah. Manakala, Nadia pula sangat pendiam.

Apabila bercuti di kampung, Ambon mempunyai ramai kawan. Sebaliknya, Nadia tidak suka berkawan. Tetapi Ambon cuba mengajak Nadia berkawan dan tidak menyombong diri. Di kampung juga mereka mengenali Chan, Pul, Kak Aida, Abang Edi, Tuk Sabariah dan Haji Jefri.

Ambon dan kawan-kawannya berkawan baik, bermain bersama-sama seperti bermandi-manda di sungai serta bermain dengan serangga dan rama-rama.

Satu perkara yang terpuji yang dibuat oleh Ambon dan Nadia adalah menjadi orang perantaraan yang dapat mengeratkan perhubungan antara Abang Edi dan Kak Aida. Pada masa sama juga mereka juga menjadi wakil perhubungan antara Tuk Sabariah dan Haji Jefri.

Kemuncak kepada kisah keangkuhan Nadia ialah apabila Nadia bersikap sombong, tidak mahu bergerak bersama-sama ketika mereka berjalan di hutan. Akhirnya Nadia tersesat jalan, jatuh ke dalam lubang dan kakinya cedera.

Ambon dan rakan-rakan berusaha mencari Nadia. Dalam pada itu, Nadia mula insaf dan ingin memohon maaf atas keegoannya sebelum ini. Bagaimanakah Nadia dijumpai?

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie Ambon seperti adik Muntazar Ghufran, Muhammad Aidil Rafiq, Ebby Yus, Zarina Zainuddin, Fateha Khairul Nizam, Dottie, Alif Hadi, Daniel Zulkifli dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Muntazar Ghufran sebagai Ambon
  • Fateha Khairul Nizam sebagai Nadia
  • Ebby Yus sebagai Pakcik Eddie
  • Zarina Zainuddin sebagai Makcik Aida

Telefilem Ambon Di TV1

Produksi & Pengarah

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Amin Masyur, penulisan skrip daripada Siti Jasmina Ibrahim dan diterbitkan oleh produksi Cineorama Production.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Ambon yang akan menemui penonton pada 23 Disember 2023, bersiaran semula pada hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 dan secara striming di RTM Klik.

Info Penuh Telefilem

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 23 Disember 2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Amin Masyhur
Produksi : Cineorama Production

Post a Comment

0 Comments