Telefilem Adakah Aku Bersalah Di TV3

Telefilem Adakah Aku Bersalah Di TV3

Pada malam Jumaat nanti, jangan lupa untuk saksikan telefilem Adakah Aku Bersalah yang akan diulang siar untuk semua penonton menerusi saluran TV3.

Sebuah telefilem yang mengisahkan tentang poligami ini menampilkan pelakon seperti Hasnul Rahmat, Farah Nabilah dan ramai lagi.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Adakah Aku Bersalah Di TV3

Sinopsis Telefilem Adakah Aku Bersalah

Telefilem Adakah Aku Bersalah mengisahkan tentang sebuah keluarga yang bahagia mula berubah dengan kehadiran seorang wanita bernama Fathia.

Fathia cuba melarikan diri daripada bekas suaminya Bront dan meminta pertolongan seorang lelaki tidak dikenali yang baik hati. Termeterailah ikatan perkahwinan antara keduanya.

Suami Zaleha berjanji untuk berlaku adil kepada kedua-dua isterinya. Namun, sebaliknya berlaku. Tia mula mengawal suaminya hingga hubungan antara anak dan bapa semakin jauh.

Mampukah Zaleha mempertahankan keluarganya apabila suaminya mengambil Tia sebagai isteri?

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie Adakah Aku Bersalah ini seperti Hasnul Rahmat, Farah Nabilah, Shah Jaszle, Oktovia Manrose, Wilma Muhammad, Asry Azizan, Adik Khayrisyah, Hafiz Nolan, Rais Ismail dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Hasnul Rahmat sebagai Hamzah
  • Farah Nabilah sebagai Tia
  • Shah Jaszle sebagai Bront
  • Oktovia Manrose sebagai Lis
  • Wilma Muhammad sebagai Zaleha
  • Asry Azizan sebagai Jinggo
  • Adik Khayrisyah sebagai Leya

Telefilem Adakah Aku Bersalah Di TV3

Produksi & Pengarah

Telefilem Adakah Aku Bersalah yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Heykal Hanifah, penulisan skrip daripada Farhana Fauri dan diterbitkan oleh produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan semula telefilem Adakah Aku Bersalah pada 22 Disember 2023, hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : TV3
Tarikh : 22 Disember 2023 (Jumaat)
Waktu : 10.00 Malam
Idea Asal : Akmal Harun
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Post a Comment

0 Comments