Drama Siri Yang Tahu Je Tahu Di Astro Ria

Drama Siri Yang Tahu Je Tahu Di Astro Ria

Apa kisah disebalik kes cubaan bunuh diri yang melibat pelajar di sebuah sekolah. Sepertinya ada isu kontroversi yang tidak terjawab.

Jadi segala persoalan ini akan terjawab dalam sebuah drama siri terbaru terbitan Astro berjudul Yang Tahu Je Tahu yang mula ditayangkan pada 22 Disember 2023.

{tocify} $title={Table of Contents}

Drama Siri Yang Tahu Je Tahu Di Astro Ria

Sinopsis Drama Yang Tahu Je Tahu

Kes cubaan bunuh diri oleh Burhan yang berusia 17 tahun, hanyalah satu helah bagi menutupi sebuah jenayah yang dilakukan oleh rakan-rakannya.

Seorang pelajar bernama Haris dituduh sebagai pelaku utama tetapi polis merasakan kes ini melibatkan lebih dari seorang pesalah.

Namun, dek kekurangan bukti, pihak polis menghadapi kesukatan bagi mencari siapa lagi yang terlibat dalam jenayah ini.

Ditambah pula dengan janji setia penjenayah, biar apa pun yang terjadi, tidak akan menyerahkan nama satu sama lain.

Barisan Pelakon

Antara nama-nama yang membintangi drama Yang Tahu Je Tahu ini seperti Areef Amran, Idan Aedan, Arabella, Darien Aeldra, Wafiy Aan, Shania Hendriks, Zanith Zalikha, Asyiqeen Rozlan dan Farhana Fahizam.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pelakon lain seperti Kim Azzim, Zack Aiman, Elyana, Hawa Rizwana, Amyza Aznan, Rashidi Ishak, Idzham Ismail, Haeriyanto Hassan, Jenjooz dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Wafiy Aan sebagai Harris
  • Shania Hendrik sebagai Elisa
  • Idan Aedan sebagai Adif
  • Kim Azzim sebagai Haikal
  • Areef Amran sebagai Borhan
  • Zack Aiman sebagai Zamani
  • Farhana Fahizam sebagai Murni
  • Arabella Ellen sebagai Safira
  • Asyiqeen Rozlan sebagai Jannah
  • Darien Aeldra sebagai Marzuki

Drama Siri Yang Tahu Je Tahu Di Astro Ria

Produksi & Pengarah

Naskah ini merupakan arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin dan diterbitkan oleh produksi KL Motion Picture Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Drama 8 episod Yang Tahu Je Tahu ini akan bersiaran mulai 22 Disember 2023, setiap hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh strim secara online di Astro Go.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh tonton secara On Demand untuk waktu yang lebih fleksibel dan juga tersedia di platform Sooka. Boleh langgan dengan harga RM14.90 sebulan.

Info Penuh Drama

Episod : 8
Bersiaran : Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 22 Disember 2023 (Setiap Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Produksi : KL Motion Picture Sdn. Bhd.

Drama Siri Yang Tahu Je Tahu Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments