Info Drama Syurga Itu Bukan Mudah Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Info Drama Syurga Itu Bukan Mudah Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Dikatakan drama terbaru yang bakal menghiasi slot Megadrama ini sudah viral dan hangat diperkatakan oleh nitizen meskipun masih belum ditayangkan sebelum ini.

Ini kerana 'Syurga Itu Bukan Mudah' bakal menampilkan gandingan baru buat pertama kali daripada pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Amir Ahnaf dan Anna Jobling sebagai teraju utama.

{tocify} $title={Table of Contents}

Drama Syurga Itu Bukan Mudah Di Astro Ria

Sinopsis Drama Syurga Itu Bukan Mudah

Ianya mengetengahkan realiti perkahwinan yang musnah akibat hubungan toksik daripada pasangan suami dan isteri dengan melibatkan jalan cerita yang menggambarkan kehidupan dua dunia berbeza di bawah satu bumbung yang sama.

Syurga Itu Bukan Mudah mengisahkan tentang Aileen iaitu seorang wanita yang mempercayai bahawa cinta dan kesetiaan kepada suami merupakan kunci ke "Syurga".

Dia disatukan dengan Farid, yang digambarkan sebagai suami yang sempurna dari segi agama dan tanggungjawab keduniaan telah mula menampakkan identitinya yang disembunyikan  disebalik perwatakan yang baik. 

Tingkah laku jahat Farid mengubah kehidupan perkahwinan mereka menjadi seperti "neraka" dan mendatangkan lebih banyak rintangan dan cabaran kepadanya selepas merungkai sisi gelap suaminya yang terlibat dengan sebuah kumpulan yang dipanggil 'Alpha Male Society'.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama berepisod ini ialah Amir Ahnaf, Anna Jobling, Fadhli Masoot, Alya Iman, Dynas Mokhtar, Dian P. Ramlee, Amir Nafis, Bulan Terry, Steve Yap, Maliababy, Ahmad Syafiq dan ramai lagi.

Drama Syurga Itu Bukan Mudah Di Astro Ria

Watak Lakonan

  • Amir Ahnaf sebagai Farid
  • Anna Jobling sebagai Aileen
  • Fadhli Masoot sebagai Arman
  • Alya Iman sebagai Fara
  • Dynas Mokhtar sebagai Umira
  • Dian P. Ramlee sebagai Aminah
  • Amir Nafis sebagai Zayn

Produksi & Pengarah

Drama ini merupakan terbitan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd, diarahkan oleh Eyra Rahman dengan nukilan skrip daripada Liza Nur bersama Chinta Nadeesha.

OST Drama

Lagu Tema : Boneka Tanpa Hati
Penyanyi : Nadeera
Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito, A. Shah & Aden King
Lirik : Mas Dewangga

Waktu Siaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan drama 20 episod ini Syurga Itu Bukan Mudah setiap hari Isnin hingga Khamis, mulai 4 Disember 2023, bersiaran pada pukul 10.00 malam menerusi slot Megadrama Astro Ria 104.

Selain itu, pelanggan Astro juga boleh tonton secara On Demand di Astro Go untuk waktu yang lebih fleksibel pada bila-bila masa selepas selesai tayangan di tv.

Untuk yang tidak mempunyai Astro, anda boleh saksikan drama ini menerusi platform Sooka iaitu di laman web atau aplikasi mobile. Langgan dengan harga RM14.90 sebulan.

Info Drama

Episod : 20
Tayangan : Slot Megadrama Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 4 Disember 2023 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Liza Nur dan Chinta Nadeesha
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Drama Syurga Itu Bukan Mudah Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments