Drama Kes Seksyen 420 (TV2)

Drama Kes Seksyen 420 (TV2)

RTM membawa sedikit kelainan kali dalam drama atau telefilem untuk tontonan ramai dengan menampilkan penceritaan disebalik kesalahan dibawah seksyen 420 kanun keseksaan (akta 574) iaitu menerusi naskah 'Kes Seksyen 429'.

Jadi jika anda ingin ketahui apa cerita disebaliknya yang pastinya berkaitan penipuan, anda kena saksikan telefilem ini yang akan menemui penonton pada hari Isnin ini menerusi saluran RTM di TV2.

{tocify} $title={Table of Contents}

Drama Kes Seksyen 420

Sinopsis Kes Seksyen 420

Telefilem Kes Seksyen 420 mengisahkan tentang aua orang sahabat iaitu Faris dan Lokman bercita-cita menjadi usahawan berjaya.

Faris seorang pereka web mencipta 1 aplikasi yang berpotensi dimajukan. Mereka mencari pelabur dan rakan kongsi untuk mengembangkan aplikasi tersebut.

Seorang lagi rakan mereka Dr. Haziq memperkenalkan Ridwan, seorang usahawan yang nampak hebat, tetapi sebenarnya dibelengu hutang.

Faris, Lokman, Haziq dan Ridwan bergabung mewujudkan satu peluang perniagaan ala 'Multi Level Marketing'

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem dalam drama ini seperti Fikhree Bakar, Jiggy Masin, Azim Yusof, Idlan Raja Lawak, Shweta Sekon, Rosya Dean dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fikhree Bakar sebagai Ridwan
  • Jiggy Masin sebagai Dr. Haziq
  • Azim Yusof sebagai Faris
  • Idlan Raja Lawak sebagai Lokman

Produksi & Pengarah

Naskah ini merupakan arahan Shanker Ragaven, penulisan skrip daripada Epy Kodiang dan diterbitkan oleh syarikat produksi Poketplay Sdn. Bhd.

Waktu Siaran

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Kes Seksyen 420 yang akan menemui penonton pada 11 Disember 2023, hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Info Penuh Telemovie

Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 11 Disember 2023 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Epy Kodiang
Pengarah : Shanker Ragaven
Produksi : Poketplay Sdn. Bhd.

Drama Kes Seksyen 420

Post a Comment

0 Comments