Telefilem Sebentuk Kunci Sedetik Cinta Di TV9

Telefilem Sebentuk Kunci Sedetik Cinta Di TV9

Pada tahun 2015 lalu, drama ini pernah dicalonkan dalam Anugerah Skrin (ASK 2015) bersama-sama barisan drama-drama terhebat.

Kali ini, TV9 bawakan semula telefilem Sebentuk Kunci Sedetik Cinta yang akan menemui penonton pada 27 November 2023, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan arahan Joeza Rasidi, penulisan skrip daripada MF Kencana dan diterbitkan oleh Zeel Production.

{tocify} $title={Table of Contents}

Info Telefilem

Tayangan Asal : 2015
Bersiaran : Slot Skrin DI 9 di TV9
Tarikh : 27 November 2023 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : MF Kencana
Pengarah : Joeza Rasidi
Produksi : Zeel Production

Telefilem Sebentuk Kunci Sedetik Cinta Di TV9

Barisan Pelakon & Watak

Berikut antara barisan pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Syafie Naswip, Mia Ahmad, Ika Nabella, Ammar Alfian, Farhana Marin dan ramai lagi

  • Fahrin Ahmad sebagai Zamsyah
  • Rita Rudaini sebagai Maria
  • Syafie Naswip sebagai Fakhrul
  • Mia Ahmad sebagai Sumaiyah
  • Ika Nabella sebagai Nadia
  • Ammar Alfian sebagai Rafiq
  • Farhana Marin sebagai Mawar

Sinopsis Telefilem Sebentuk Kunci Sedetik Cinta

Telefilem Sebentuk Kunci Sedetik Cinta mengisahkan tentang seorang tukang kunci, Zamsyah yang ditinggalkan isterinya bersama seorang anak kecil kerana kecacatan kekal di kaki akibat kemalangan.

Zamsyah juga kabur pandangan matanya akibat terkena serpihan besi kunci atas rutin kerja hariannya. Selang bertahun, kedatangan bekas isterinya, Maria, di kedai kunci miliknya telah mendatangkan amarah kerana Zamsyah merasakan dirinya dipermainkan dan ditipu.

Walaupun si tukang kunci telah membuat ribuan kunci namun dia tidak boleh membuka kunci hatinya untuk memaafkan bekas isterinya.

Telefilem Sebentuk Kunci Sedetik Cinta Di TV9

Post a Comment

0 Comments