Telefilem Saka Ke Ni? Di TV3

Telefilem Saka Ke Ni? Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Saka Ke Ni? yang akan menemui penonton semula pada 3 November 2023, bersiaran pada hari Jumaat, pukul 10.00 malam di saluran TV3 dan secara online di Tonton.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Nazir Jamaludin, penulisan skrip daripada Jo Sidek dan diterbitkan oleh syarikat Creative Skill Solution.

Table of Contents

Info Telemovie Saka Ke Ni?

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : TV3
Tarikh : 3 November 2023 (Jumaat)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Jo Sidek
Pengarah : Nazir Jamaludin
Produksi : Creative Skill Solution

Telefilem Saka Ke Ni? Di TV3

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Saka Ke Ni? seperti Bell Ngasri, Ruminah Sidek, Anas Ahmad, Pian Kepoh.

Turut membantu daripada pelakon lain seperti Kamarool Hj. Yusoff, Dayana, adik Adam, Ramli Abdullah, Belon Kajang dan ramai lagi.

  • Bell Ngasri sebagai Din
  • Ruminah Sidek sebagia Mak Mah
  • Anas Ahmad sebagai Man
  • Pian Kepoh sebagai Usop
  • Kamarool Hj. Yusoff sebagai Tok Bomoh
  • Dayana sebagai Mira
  • Adam sebagai Aliq
  • Belon Kajang sebagai Saka

Sinopsis Telefilem Saka Ke Ni

Telefilem Saka Ke Ni mengisahkan tentang 3 rakan iaitu Man, Din dan Usop yang buntu untuk menyara kehidupan kerana masing-masing menggangur dan tidak mempunyai kerja.

Pada awalnya, Man bergurau untuk menculik satu keluarga kaya, tetapi Din dan Usop mengambil serius tentang perkara tersebut dengan terus menculik seorang nenek tua bernama Mak Mah.

Apakah yang berlaku seterusnya? Berjayakah mereka mendapat wang tebusan daripada penculikan tersebut? Siapa agaknya Mak Mah yang diculik itu?

Post a Comment

0 Comments