Telefilem Misah Tarzan Hajar Runcit Di TV9

Telefilem Misah Tarzan Hajar Runcit Di TV9

Jangan lupa saksikan saksikan telefilem Misah Tarzan Hajar Runcit yang akan bersiaran pada 17 November 2023, hari Jumaat, pukul 8.30 malam di slot Skrin Di 9 di TV9 dan online Tonton.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2013 ini merupakan arahan Azmi Hata, idea serta penulisan skrip daripada Nieza Nahar dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution.

{tocify} $title={Table of Contents}

Info Penuh

Tayangan Asal : 2013
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 17 November 2023 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Azmi Hata
Produksi : Creative Skill Solution

Telefilem Misah Tarzan Hajar Runcit

Barisan Pelakon & Watak

Berikut antara pelakon yang terlibat dalam telefilem Misah Tarzan Hajar Runcit seperti Nad Zainal, Ika Nabila, Amar Asyraf, Hafeez Mikail, Kathy Azian, Ku Faridah, Along Rock, Ewan Kamaruzaman dan ramai lagi

  • Nad Zainal sebagai Misah
  • Amar Asyraf sebagai Hadi Darwis
  • Ika Nabila sebagai Hajar
  • Hafeez Mikail sebagai Mizun
  • Kathy Azian sebagai Che Chom
  • Ku Faridah sebagai Tok Wan

Sinopsis Telefilem Misah Tarzan Hajar Runcit

Telefilem Misah Tarzan Hajar Runcit mengisahkan tentang dua orang gadis kampung berusia awal 20-an iaitu Misah dan Hajar.

Orang kampung hairan melihat keakraban mereka walhal perangai mereka berdua ibarat langit dan bumi. Misah dengan perwatakan agak kasar, manakala Hajar seorang yang lemah lembut.

Mizun iaitu seorang lelaki sengau yang cekap berurusniaga menaruh hati pada Hajar. Namun begitu, Hajar menyukai Hadi Darwis, iaitu pelakon popular yang juga sepupu Misah. Kekecohan berlaku selepas itu...

Telefilem Misah Tarzan Hajar Runcit

Post a Comment

0 Comments