Jangan lupa saksikan semula telefilem Kau Langit Aku Laut yang akan menemui penonton semula pada 25 November 2023, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama TV3.
Selain itu, telefilem ini boleh di strim di aplikasi Tonton pada hari tayangan dan juga ianya telah tersedia untuk tontonan secara On Demand platform tersebut.
Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Feroz Abdul Kader, penulisan skrip daripada Mahizan Husain dan diterbitkan oleh syarikat FJ Pictures.
{tocify} $title={Table of Contents}
Info Telefilem
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 25 November 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Mahizan Husain
Pengarah : Feroz Abdul Kader
Produksi : FJ Pictures
Barisan Pelakon & Watak
Antara nama yang terlibat dalam telefilem Kau Langit Aku Laut seperti Izzue Islam, Azira Shafinaz, Aman Graseka, Idris Md Diah, Jay Iswazir dan ramai lagi.
- Izzue Islam sebagai Anas
- Azira Shafinaz sebagai April
- Aman Graseka sebagai Tuan Bahari
- Idris Md Diah sebagai Hassan
- Jay Iswazir sebagai Jinggo
Sinopsis Telefilem Kau Langit Aku Laut
Telefilem Kau Langit Aku Laut mengisahkan tentang Anas iaitu seorang bekas ketua gangster. Dia telah menjalani hukuman penjara selama 7 tahun atas kesalahan merompak.
Setelah dibebaskan, Anas masih dicari oleh saki baki gengnya yang masih mahu Anas kembali menjadi ketua mereka. Mereka sedang merancang rompakan yang lebih besar.
Anas tak mahu lagi mempertaruhkan hidupnya sebagai penjenayah. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah pakciknya di sebuah kampung nelayan. Di situ, Anas ingin memulakan hidup baru.
Penjara telah membuatkan Anas memikirkan semula tentang masa mudanya yang selama ini banyak dihabiskan di jalan kejahatan.
Anas begitu kesal mengingati segala pengorbanan ibunya yang bersusah payah membesarkannya sebagai ibu tunggal dan kemudian maut dalam kemalangan.
Anas sedih kerana dia tak pernah membuatkan ibunya bahagia. Anas nekad untuk berubah. Pakciknya menerima Anas dengan baik. Anas ikut pak ciknya ke laut dan belajar menjadi nelayan.
0 Comments